Bahasa: : Melayu |English | Lain
   

 

Unit Perkhidmatan Teknikal (UPT)

 

  Bullet Visi, Misi & Fungsi Bullet Piagam Pelanggan 

Visi

Menjadi unit perkhidmatan sokongan yang tersohor di MKM.

Misi

  • Memastikan infrastruktur MKM ditahap yang terbaik dan selamat.
  • Memastikan bangunan dan persekitaran tempat bekerja yang kondusif yang boleh menjana kreativiti dan produktiviti warga MKM.
  • Memastikan peralatan AVA sentiasa berkeadaan baik dan sedia untuk diguna.

 

Fungsi

  • Menjalankan kerja-kerja penyenggaraan dan pembaikan kecil di MKM Jalan Templer dan Jalan Selangor yang meliputi kerja-kerja elektronik, mekanikal dan elektrikal.
  • Memanggil tender/ sebutharga kerja-kerja pembinaan, pembaikan dan penyenggaraan di MKM Jalan Templer dan Jalan Selangor yang melibatkan kontraktor luar dan menyediakan perbandingan sebutharga untuk dibentang ke Mesyuarat Sebutharga untuk dibuat pemilihan.
  • Menyelia kerja-kerja pembinaan, pembaikan dan penyenggaraan bangunan dan kawasan di MKM Jalan Templer dan Jalan Selangor yang dibuat oleh kontraktor luar dan menyediakan laporan untuk kerja-kerja terbabit. Kerja-kerja penyelenggaraan yang diselia ialah penyelenggaraan penghawa dingin, sistem pencegah kebakaran , ‘main-holes’, tangki septic, landskap dan sistem telefon.
  • Memasang peralatan AVA di bilik-bilik syarahan di MKM Jalan Templer dan Jalan Selangor seperti LCD projector, notebook, OHP, television dsbnya.
  • Mengendali alat siaraya di Auditorium di MKM Jalan Templer dan Jalan Selangor, Dewan Rochdale dan bilik-bilik syarahan.
  • Memeriksan sistem elektrik, sistem pencegah kebakaran, sistem penghawa dingin serta sistem telefon di Kompleks MKM berada di dalam keadaan selamat untuk diguna dan berfungsi.
  • Membeli, merekod menyimpan dan menyenggara aset dan inventori yang dipertanggungjawabkan di bawah UPT.
  • Membuat penyeliaan kepada kontraktor mencuci bangunan, penyelanggaran kawasan dan pengawal keselamatan di Jalan Selangor.
  • Menjalankan kerja-kerja pendaftaran masuk pelajar-pelajar ke Asrama Jalan Selangor.
  • Menjalankan tugas-tugas rasmi yang berkaitan yang diarahkan dari semasa kesemasa.

 

 

 

Bookmark and Share
Jumlah Pelawat : 1211
Tarikh Akhir Dikemaskini : 18 April 2011