Tuntutan Tambang dan Pembayaran Kursus
1. Adakah tuntutan tambang bagi peserta kursus akan dikaji semula selaras kerana ianya haruslah selaras dengan keadaan semasa dan tambang pengangkutan awam?
Bermula tahun 2010 elaun kemudahan tambang telah dinaikkan mengikut daerah yang ditetapkan oleh MKM.
2. Berapakah kadar yuran pendaftaran kursus di MKM
Kadar yuran pendaftaran adalah sebanyak RM 25.00. Jika peserta menghadiri kursus teknologi maklumat sejumlah tambahan RM 20.00 dikenakan kepada peserta.
3. Bilakah tambang perjalanan dibayar kepada para peserta.
Tambang perjalanan akan dibayar kepada peserta pada hari terakhir menghadiri kursus. Bagaimanapun bermula tahun 2010 semua peserta dikehendaki membuka Akaun Bank Rakyat kerana MKM tidak akan membayar tambang secara tunai sebaliknya akan dimasukkan ke dalam akaun peserta.
4. Bolehkah yuran pengajian kursus (RM25) anjuran MKM dimansuhkan?
Tidak. Yuran pendaftaran RM 25.00 adalah sebagai komitmen peserta untuk hadir kursus di MKM.
5. Adakah yuran pendaftaran dipulangkan semula jika peserta tidak terpilih?
Jika peserta tidak terpilih oleh MKM, maka yuran pendaftaran akan dipulangkan.
Jika peserta dipilih tetapi tidak hadir maka yuran pendaftaran tidak akan dipulangkan semula kecuali peserta tersebut memaklumkan kepada pihak MKM terlebih dahulu.
6. Adakah pihak MKM menerima pembayaran yuran bagi lebih dari satu kursus melalui satu cek?
Ya, pihak MKM menerima pembayaran yuran bagi lebih dari satu kursus melalui satu cek.
7. Bolehkah peserta menukar kursus sedangkan pembayaran yuran melalui cek telah dibuat untuk kursus yang lain?
Peserta boleh menukar kursus walaupun pembayaran dibuat untuk kursus yang lain.
<<Kembali