Kemudahan
Makmal Siber Nuri
Makmal komputer berhawa dingin yang dilengkapi dengan 25 buah komputer sistem multimedia, berkuasa 1.4 GHz, 128 SDRAM, DVD-ROM dan speaker dibekalkan dengan kemudahan Internet untuk kegunaan peserta-peserta yang menghadiri kursus-kursus komputer. Selain untuk kegunaan semasa kursus, kemudahan ini juga boleh disewa oleh pihak luar semasa ketiadaan kursus dengan kadar sewa yang berpatutan. Kadarnya adalah mengikut agensi yang menyewa seperti berikut.Untuk kegunaan sehari komputer dari 8.00 pagi sehingga 4.30 ptg(berikut adalah bayaran untuk melebihi 5 jam):
| Koperasi | RM 45.00 |
| Jabatan/Agensi Kerajaan | RM 50.00 |
| Swasta | RM 45.00 |
Bilik Kuliah Kenyalang
MKM Sarawak dilengkapkan dengan sebuah bilik kuliah yang diberi nama Bilik Kuliah Kenyalang. Bilik Kuliah Kenyalang (BKK) terletak di Tingkat 2, bersebelahan dengan surau. Bilik kuliah ini dilengkapi dengan sistem pandang dengar terkini, termasuk sebuah television, sistem suara, mikrofon, LCD projektor, skrin dan juga papan putih bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran peserta kursus. Bilik kuliah ini boleh memuatkan lebih kurang 50 orang peserta pada satu masa.Pihak luar boleh menyewa bilik kuliah ini sekiranya tidak digunakan untuk berkursus dengan kadar seperti berikut :
| Kemudahan | Koperasi | Jabatan dan Agensi Kerajaan | Swasta |
| Penggunaan melebihi 5 jam | RM160.00 sehari | RM210.00 sehari | RM260.00 sehari |
| Penggunaan kurang 5 jam | RM110.00 sehari | RM130.00 sehari | RM160.00 |
Perpustakaan

MKM Sarawak juga menyediakan sebuah perpustakaan berhawa dingin yang dilengkapi dengan koleksi buku-buku yang pelbagai dan berkaitan dengan kursus-kursus yang ditawarkan untuk rujukan para peserta di samping koleksi buku ilmiah untuk bacaan umum. Kemudahan ini bukan sahaja untuk kegunaan kakitangan MKMCS malahan juga untuk kemudahan para peserta kursus semasa tempoh berkursus. Perpustakaan ini dikawal-selia oleh Juruteknik Komputer bermula Januari 2010 bagi tujuan rekod keluar masuk buku-buku.