Kalendar
Program Pendidikan Anggota
Pengenalan
Pertumbuhan koperasi di negara ini semakin meningkat sehingga mencecah seramai 5.2 juta anggota koperasi seluruh negara. Dalam memastikan kemajuan gerakan koperasi seiring dngan pertumbuhannya, aspek pendidikan dan latihan kepada anggota koperasi sepatutnya dititikberatkan dan ia merupakan tanggungjawab koperasi itu sendiri. Justeru itu, MKM telah memperkenalkan program ini bagi membantu usaha ke arah mencapai matlamat tersebut. Kesedaran terhadap peranan, hak dan tanggungjawab anggota dalam koperasi yang diceburi adalah sangat penting. Tanpa kesedaran ini, anggota tidak dapat melibatkan diri secara aktif sebagai pemilik dan pengguna dalam sesebuah koperasi.
Jangkamasa
Program ini mengambil masa selama 1 hari iaitu bermula jam 08.00 pagi sehingga 04.30 petang.
Sasaran Peserta
Semua anggota koperasi
Pembiayaan
MKM akan menanggung kos pensyarah, bahan-bahan kursus dan makan/minum peserta dengan kadar RM15.00 seorang untuk seramai 80 orang peserta sahaja. Sementara sewa dewan pada kadar maksimum iaitu RM300.00
Urusan tempahan tempat kursus dan makan/minum peserta hendaklah diuruskan sendiri oleh koperasi yang memohon.
Kursus Yang Ditawarkan
Terdapat 4 kursus yang ditawarkan untuk program ini iaitu :-
(i) Pengenalan Koperasi
(ii) Pengenalan Penyata Kewangan
(iii) Peranan Anggota Dalam Mesyuarat Agung Tahunan
(iv) Pengenalan Kepada Undang-undang Kecil dan Aturan Koperasi
Kaedah Pembelajaran
(i) Syarahan
(ii) Kerja Berkumpulan / Bengkel
(iii) Sesi Soal Jawab
Cara Memohon
Semua permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan surat kepada MKM Cawangan Sarawak selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh kursus bermula.
Alamatkan permohonan anda kepada :
Penyelaras Kursus Luar
(Program Pendidikan Anggota)
Maktab Kerjasama Malaysia
Cawangan Sarawak
Bangunan Rugayah
Jalan Song Thian Chiok, Peti Surat B241,
93100 Kuching
SARAWAk
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi penyelaras program (En. Christopher John Baptis) di talian 082-230409 atau 082-428517.