MKM Cawangan Sarawak
line-inner

Sarawak

Bullet Profil Bullet Pentadbiran Bullet Kemudahan Bullet Kalendar Kursus

 

Profil Cawangan

 

Pengenalan

 

MKM Cawangan Sarawak ditubuhkan di bandaraya Kuching pada bulan September 1998 dan berpejabat di Bangunan Tabung Haji, Jalan Satok. Pentadbiran MKM Cawangan Sarawak pada masa itu diuruskan oleh hanya dua orang pembantu tadbir sementara kursus-kursus yang dijalankan diselia oleh ibu pejabat MKM di Petaling Jaya, Selangor.

Di atas kesedaran untuk meningkatkan pemahaman terhadap ilmu perkoperasian di kalangan koperator-koperator di Sarawak, maka pada tahun 2000, MKM Cawangan Sarawak telah menambah bilangan tenaga kerja seramai lima orang yang terdiri daripada seorang Ketua Pusat, dua orang Pegawai Latihan, seorang Penolong Pegawai Tadbir dan seorang Pemandu. Ini bertujuan bagi memudahkan kursus-kursus yang lebih efektif dijalankan.

Berikutan kursus-kursus yang dijalankan semakin bertambah, pada tahun 2001, MKM Cawangan Sarawak telah berpindah ke pejabat baru yang lebih selesa iaitu di Bangunan Amfinance, Jalan Haji Taha, Kuching. Sejak itu, MKM Cawangan Sarawak mula bergiat lebih aktif dalam melaksanakan kursus-kursus yang bersesuaian dan relevan kepada gerakan koperasi di seluruh negeri Sarawak selaras dengan perkembangan semasa.

Pada bulan Oktober 2006, MKM Cawangan Sarawak telah berpindah sekali lagi ke bangunan baru, iaitu Bangunan Rugayah di Jalan Song Thian Cheok, Kuching. Perpindahan ke bangunan baru ini diharapkan akan lebih memberi keselesaan kepada koperator-koperator yang datang berkursus ke MKM Cawangan Sarawak serta dapat memenuhi keperluan mereka sepanjang tempoh berkursus.

Tenaga kerja MKM Cawangan Sarawak telah bertambah seramai 17 orang yang terdiri daripada seorang Pengarah Cawangan, enam orang Pegawai Latihan di bahagian akademik termasuk dua orang pegawai latihan baru yang melapor diri pada penghujung tahun 2008 dan awal tahun 2009.

Pegawai latihan-pegawai latihan ini mempunyai pelbagai bidang kepakaran seperti pentadbiran dan undang-undang koperasi, perakaunan dan kewangan, pengurusan perniagaan dan keusahawanan serta teknologi maklumat dan komunikasi. Sementara, seramai lapan orang di bahagian pengurusan.

 

Alamat :

Maktab Koperasi Malaysia Cawangan Sarawak
Bangunan Rugayah. Jalan Song Thian Cheok,
93100 Kuching, Sarawak
E-mel : mkmsarawak@mkm.edu.my
Tel : 082-230409
Faks : 082-230405

 

Bookmark and Share
12019 Views
last-updated : 14 Julai 2014