Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovatif (R&I) | Pengenalan Aktiviti R&I
|
Aktiviti Penyelidikan
Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi berperanan menguruskan penyelidikan MKM. Antara tugas-tugas Pusat ialah menyelaras penyediaan bajet penyelidikan, membimbing pegawai latihan MKM dalam menjalankan penyelidikan, menyelaras seminar / bengkel penemuan penyelidikan dan menguruskan penjilidan laporan penyelidikan. Di samping itu Pusat ini juga bertanggungjawab menjalankan penyelidikan berkaitan dengan gerakan koperasi.
Aktiviti Pembangunan Kajian Kes
Pusat, Cawangan dan Wilayah MKM yang tidak menjalankan penyelidikan akan menghasilkan sekurang-kurangnya 1 kajian kes yang akan digunakan untuk tujuan pembelajaran. Untuk tujuan menghasilkan kajian kes, Pegawai Latihan digalakkan membuat `attachment' untuk tempoh beberapa hari dengan koperasi di dalam dan luar negara bagi mendapatkan maklumat latar yang lebih terperinci dan relevan. Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi akan menguruskan penghasilan kajian kes tersebut.
Aktiviti Penerbitan
Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi juga bertanggungjawab untuk menguruskan penerbitan ilmiah MKM khususnya Dimensi Koop, Malaysian Journal of Co-operative Studies, Penyelidikan, Handbook serta kajian kes dalam dan luar negara.
Majalah berbentuk separa ilmiah ini akan terus diterbitkan dua kali setahun untuk memberi ruang kepada warga MKM dan warga koperasi mengetengahkan pelbagai isu berkaitan dengan gerakan koperasi.
- MALAYSIAN JOURNAL OF CO-OPERATIVE STUDIES
Jurnal ini diterbitkan sekali dalam setahun dan objektifnya adalah untuk membolehkan perkongsian ilmu berkaitan dengan gerakan koperasi berdasarkan penyelidikan dan pembacaan karya.
Merupakan bahan ilmiah yang memuatkan penemuan penyelidikan berkaitan dengan gerakan koperasi di Malaysia.
Handbook diterbitkan berdasarkan tajuk-tajuk terpilih dalam pengurusan yang relevan kepada gerakan koperasi.
Aktiviti Latihan
Pusat R&I turut bertanggung jawab bersama Unit Sumber Manusia dalam mengendalikan latihan atau kursus untuk Pegawai Latihan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Penyelidikan dan Inovasi. Kursus tersebut adalah seperti Bengkel Penulisan Jurnal, Kajian Kes, Metodologi Penyelidikan, Bengkel Penggunaan SPSS dan lain-lain lagi.