Bahasa: : Melayu |English | Lain
   

 

Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (R&I)

Bullet Pengenalan Bullet Aktiviti R&I  

Pengenalan

Penubuhan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (R&I) adalah bertujuan untuk mempertingkatkan aktiviti penyelidikan serta menjadikannya sebagai satu budaya yang berterusan di kalangan warga akademik Maktab Koperasi Malaysia (MKM). Ini adalah kerana pembudayaan penyelidikan  adalah penting kerana ia dapat mempertingkatkan kualiti dan inovasi dalam pendidikan dan latihan koperasi di MKM.

Melalui kegiatan penyelidikan ini, MKM dapat meningkatkan pengetahuan  dan mendalami ilmu dalam pelbagai bidang berkaitan pengurusan dan pentadbiran koperasi yang menjadi rujukan gerakan koperasi di Malaysia. Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi juga memainkan peranan yang aktif bagi menghasilkan bahan-bahan penerbitan dalam pelbagai bentuk dan menyebarluaskan maklumat yang relevan untuk kegunaan warga koperasi.

Pusat R&I yakin akan dapat terus memperkembangkan dan menjalankan peranannya selaras dengan visi MKM untuk menjadi institusi pendidikan koperasi bertaraf dunia.

 

Bookmark and Share
Jumlah Pelawat : 1373
Tarikh Akhir Dikemaskini : 09 Januari 2012