Bahasa: : Melayu |English | Lain
   

 

Program Diploma Pengurusan Koperasi

1. Berapakah had umur untuk mengikuti program ini?
Umur mestilah tidak melebihi 45 tahun semasa pendaftaran kemasukan.


2. Adakah kadar yuran pengajian bagi anggota sama dengan anak anggota yang bukan menjadi anggota koperasi?
Kadar yuran tidak sama bagi anggota dengan anak anggota dan yang bukan anggota. Bagi anggota, kadar yuran pengajian adalah RM 4,500. Manakala bagi anak anggota (dikira bukan anggota), pembiayaan sama dengan kadar bukan anggota RM5,500.


3. Bolehkah yuran pengajian diploma dibayar secara ansuran?
Ya, yuran pengajian diploma boleh dibayar secara ansuran.


4. Adakah MKM meletakkan syarat kelayakan khusus bagi mereka yang berminat mengikuti Diploma Pengajian Koperasi?
Ya, syarat kelayakan khusus telah ditetapkan oleh LAN iaitu kredit dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Matematik dan 2 mata pelajaran lain.


5. Adakah pelajar mempunyai peluang untuk menyambung pelajaran di peringkat sarjana muda dan adakah pemindahan kredit boleh dilakukan?
Pelajar mempunyai peluang untuk menyambung pelajaran di mana-mana IPTA (kecuali UiTM) dan pemindahan kredit bergantung kepada universiti atau IPTA tersebut.

6. Bolehkah program ini dijadikan salah satu syarat untuk kenaikan pangkat?
Bergantung kepada agensi yang meletakkan syarat bahawa graduan program ini layak dinaikkan pangkat jika lulus. Contohnya LKIM, LPP dan RISDA.


7. Bagaimanakah prospek atau peluang kerjaya bagi graduan pelajar program ini?
Prospek atau peluang kerjaya bagi graduan program ini luas. Graduan boleh bekerja di sektor awam, swasta dan koperasi atau bekerja sendiri. Ini adalah kerana mereka juga didedahkan kepada kursus keusahawanan. 


8. Adakah pelajar disediakan dengan kemudahan penginapan?
Ya, pelajar disediakan dengan kemudahan penginapan dengan kadar bayaran minima.

9. Adakah program ini ditawarkan dengan kemudahan pinjaman seperti PTPTN atau sebagainya?
Ya, program ini ditawarkan dengan pinjaman PTPTN.


10. Adakah MKM akan mempertimbangkan untuk melaksanakan program ini secara luar kampus?
Ya, MKM akan mempertimbangkan dan ianya masih dalam perancangan. Selain itu, pada masa akan datang, kursus ini juga boleh diikuti melalui program e-learning.

 

<<Kembali

 

 

Bookmark and Share
Jumlah Pelawat : 875
Tarikh Akhir Dikemaskini : 10 Mei 2011