Bahasa: : Melayu |English | Lain
   

 

Unit Teknologi Maklumat (UTM) Bullet Fungsi Bullet Piagam Pelanggan 

 

Piagam Pelanggan

Selaras dengan Pelan Strategik MKM, Pelan Strategik ICT (ISP) (2008-2015), Draf Akta Institut Pengurusan Koperasi Malaysia 2007 berteraskan pendekatan holistik serta menjurus ke arah Perkhidmatan yang cemerlang, cekap, berkesan dan mesra, kami bertekad akan memberikan perkhidmatan-perkhidmatan berikut:-

1. Menyediakan Pelan Strategik ICT (ISP) untuk setiap 5 tahun dan mengkaji semula serta membuat penilaian terhadap perancangan dan perlaksanaan ISP setiap akhir tahun.
2. Mengedar borang permohonan/perolehan peralatan ICT kepada Pejabat Pengarah, Pejabat Timbalan Pengarah, Pejabat Pendaftar, semua Ketua Pusat dan Ketua Unit pada bulan Mei setiap tahun.
3. Memastikan peralatan/makmal komputer berada dalam keadaan bersedia mengikut tempahan pelanggan 3 hari sebelum digunakan.
4. Menentukan setiap aduan, pertanyaan mengenai peralatan ICT dan sistem aplikasi yang diterima akan diambil tindakan dalam masa 30 minit.
5. Membangunkan sistem aplikasi mengikut keperluan MKM dalam tempoh masa yang dipersetujui bersama antara UTM dengan pengguna.
6. Melaksanakan latihan kepada pengguna sistem aplikasi 14 hari sebelum sesuatu aplikasi dilaksanakan.
7. Memberi khidmat nasihat secara lisan dengan segera.
8. Memastikan kakitangan UTM sentiasa peka dan responsif kepada aduan, cadangan dan pandangan dari semua pihak serta sentiasa memberi layanan dan perkhidmatan yang mesra demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan.
9. Sentiasa memberi sokongan teknikal dan pemantauan yang efisyen dalam menangani masalah rangkaian (networking) di MKM agar informasi selamat dari pencerobohan dan sentiasa beroperasi tanpa sebarang gangguan.
10. Sentiasa memberi sokongan teknikal kepada sistem-sistem aplikasi di MKM.
11. Mengurus semua pembelian dan pembekalan perkakasan dan perisian komputer dalam masa 3 bulan dari tarikh penerimaan surat kelulusan dari Unit Kewangan dan Akaun.
12. Memastikan maklumat di laman web MKM (www.mkm.edu.my) dan intranet MKM dikemaskini dalam tempoh 24 jam selepas maklumat diterima.
13. Memastikan pihak pembekal perkhidmatan Internet (TM dan Jaring) telah dihubungi dalam masa 1 jam setelah aduan diterima.

 

 

Bookmark and Share
Jumlah Pelawat : 368
Tarikh Akhir Dikemaskini : 07 April 2011