Piagam Pelanggan
Kami warga MKM dengan penuh iltizam berjanji memberi perkhidmatan yang cekap, profesional dan mesra kepada pelanggan kami:-
• Memberi latihan yang berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2000, sebanyak 400 kursus dalam tempoh setahun
• Memastikan program Diploma Pengurusan Koperasi sentiasa memenuhi standard MQA.
• Memastikan penemuan 3 penyelidikan yang dijalankan oleh MKM dibentangkan kepada gerakan koperasi setiap tahun.
• Memastikan 5 penerbitan bahan ilmiah diterbitkan dengan berkualiti.
• Memastikan skor penilaian kursus pada keseluruhannya mendapat penilaian tidak kurang daripada 4 dalam skala 1 hingga 5.
• Mengambil tindakan segera terhadap setiap aduan dan pertanyaan pelanggan dalam masa 48 jam.