| Unit Kewangan & Akaun (UKA) | Fungsi Piagam Pelanggan |
Piagam Pelanggan
Kami tenaga kerja Unit Kewangan dengan penuh iltizam berjanji memberi perkhidmatan yang cekap, profesional dan mesra dengan:-
- Membayar tambang peserta kursus pada hari akhir kursus
- Menyediakan bil-bil/invois tuntutan bagi kegunaan kemudahan MKM dalam tempoh 2 minggu selepas tarikh penggunaan
- Mengeluarkan resit-resit bagi terimaan wang dalam masa 1 hari
- Memproses tuntutan perjalanan dalam tempoh 3 minggu dari tarikh diterima
- Membayar kepada pembekal dalam tempoh 2 minggu selepas invois diterima
- Membayar elaun lebihmasa pada 15 haribulan pada setiap bulan
- Memproses pinjaman kenderaan/komputer dalam tempoh 2 minggu selepas borang permohonan diterima.