Pelaksanaan sistem maklumat berkomputer di bawah program Kerajaan Elektronik ini telah membuka ruang untuk MKM menyalurkan maklumat melalui Internet kepada pengunjung. Semasa berada di gerbang ini, pengunjung boleh memperolehi maklumat-maklumat mengenai program latihan dan perkhidmatan yang dianjurkan oleh MKM serta maklumat kemudahan yang disediakan. Gerbang ini juga menyambungkan pengunjung ke laman lain yang berkaitan dengan koperasi dalam dan luar negara. Gerbang ini menyediakan perkhidmatan on-line seperti pendaftaran kursus, pengesahan kursus, aduan pelanggan dan e-pembelajaran. Adalah diharapkan gerbang ini akan dapat memberi manfaat kepada pengunjung. MKM akan cuba sedaya upaya untuk menentukan maklumat-maklumat yang dipaparkan adalah yang terkini.
Sekian, terima kasih. Hj. Idris Hj. Ismail Ketua Pengarah Maktab Koperasi Malaysia | | |