Bahasa: : Melayu |English | Lain
   

 

BMeC

Bullet Pengenalan Bullet Senarai Kursus Bullet Kakitangan

Pengenalan

Pusat Pengurusan Perniagaan dan Keusahwanan (BMeC) berfungsi menyediakan program-program latihan yang berkaitan dengan kaedah-kaedah menguruskan sesebuah perniagaan khususnya perniagaan-perniagaan yang dijalankan oleh koperasi-koperasi di negara ini. Selain daripada itu Pusat ini juga secara tidak langsung berperanan menjayakan hasrat kerajaan untuk melahirkan usahawan dikalangan bumiputera.

Justeru visi BMeC adalah menjadi Pusat yang berdaya saing, proaktif dan dinamik dalam merancang dan mengendalikan program-program latihan dan aktiviti pembangunan dengan lebih berkesan. Ini adalah selaras dengan Visi MKM yang akan menjadi sebuah institusi koperasi terunggul di dunia.

Berasaskan kepada misi BMeC iaitu "Melahirkan koperator-koperator yang berkemahiran dan kompeten untuk menguruskan aktiviti perniagaan koperasi melalui program-program latihan yang dirancang mengikut kehendak persekitaran pemiagaan semasa melalui teknik pembelajaran yang berkesan" dan "Melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran, beretika serta mengamalkan budaya kerja berpasukan dan semangat setiakawan melalui program pembangunan diri dan kerjaya yang terancang", maka dengan berlandaskan kepada misi tersebut BMeC akan terus menyediakan program-program latihan bagi koperator khasnya yang dapat dipraktikkan dalam merancang dan menguruskan perniagaan koperasi.

Oleh itu, BMEC telah merancang sebanyak 36 buah program latihan di dalam kampus dan 12 program latihan luar kampus. Sebanyak 11 buah program baru diperkenalkan termasuk 4 kursus berbentuk pembangunan keusahawanani seperti Kursus Lembu Pedaging, Penternakan Kambing, Pembuatan Mee dan Kuetiaw, serta Pembuatan Kek dan Bakeri. Selain daripada itu BMEC juga menerima permohonan dan jemputan dari koperasi untuk mengendalikan kursus-kursus untuk koperasi.

Dibawah program anak angkat Satu Daerah Satu Industri anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD), BMeC diberi penghargaan untuk membantu pengusaha daerah Kuala Langat dalam menubuhkan sebuah koperasi bagi membantu memasarkan hasil keluaran mereka.

 

Bookmark and Share
Jumlah Pelawat : 344
Tarikh Akhir Dikemaskini : 19 Mac 2010
 
     
Bookmark and Share
Jumlah Pelawat : 1212657
Tarikh Akhir Dikemaskini : 30 Januari 2012