Kursus Wajib
1. Adakah kursus wajib yang dianjurkan di MKM sama dengan anjuran ANGKASA?
Ya, kursus wajib yang dianjurkan di MKM sama dengan anjuran ANGKASA terutamanya dari segi modul dan sukatan pelajarannya.
2. Adakah perlu, ALK yang telah menghadiri kursus wajib anjuran ANGKASA mengikuti semula kursus tersebut di MKM?
Tidak perlu kerana modul kursus adalah sama.
3. Adakah MKM boleh mengadakan kursus wajib di setiap daerah?
MKM mengadakan kursus wajib di daerah mengikut permintaan peserta sahaja. Pada dasarnya MKM bersama JPK Negeri akan menganjurkan kursus wajib.
4. Apakah tindakan yang akan dikenakan kepada mereka yang tidak menghadiri kursus wajib?
Rujuk Pekeliling Ketua Pendaftar bil. 1 tahun 2002 dan Peraturan 49. Anggota Lembaga atau JAD wajar meletakkan jawatan.
5. Mohon MKM mengadakan kursus wajib JAD dan ALK untuk pelajar pada hujung minggu.
Kursus wajib JAD dan ALK untuk pelajar hanya dianjurkan oleh ANGKASA sahaja.
6. Apakah tindakan yang akan dikenakan kepada peserta kursus yang tidak menghadiri kursus wajib?
Setiap ALK yang dilantik wajib menghadiri kursus Wajib ML 100 (Ahli Lembga) dan MA 200 (JAD) dalam tempoh 3 tahun pelantikan. Sekiranya tidak hadir dalam tempoh tersebut , maka boleh dilucutkan jawatan.
<<Kembali