Bahasa: : Melayu |English | Lain
   

Kursus Luar Kampus

 

1. Bolehkah peserta dari zon Timur  menghadiri kursus luar kampus di zon selatan?
Peserta boleh menghadiri kursus di zon selatan, bagaimanapun pihak MKM tidak akan membayar elaun perjalanan peserta tersebut.

 

2. Adakah pihak MKM menyediakan kemudahan penginapan kepada peserta kursus luar kampus?
Pihak MKM akan menyediakan kemudahan penginapan kepada peserta luar kampus dan kursus yang dijalankan kebanyakkan di hotel yang berdekatan.

 

3. Bolehkah MKM memberikan kursus khas kepada koperasi yang berminat.
Boleh dengan menulis surat permohonan kepada Pengarah MKM. MKM akan membiayai tenaga pengajar manakala perbelanjaan lain ditanggung oleh koperasi.

 

4. Berapakah bayaran yang dikenakan untuk mengikuti kursus luar kampus?
Tiada bayaran dikenakan untuk mengikuti kursus luar kampus. 

 

5. Bolehkah koperasi bergabung untuk menjalankan satu kursus luar?
Koperasi boleh bergabung untuk menjalankan satu kursus luar (Program Anjuran Bersama MKM Koperasi atau Agensi).

 

6. Berapakah jumlah minimum peserta yang perlu hadir untuk menjalankan kursus luar?
Jumlah minimum peserta yang perlu hadir adalah seramai 30 orang.

 

<<Kembali

Bookmark and Share
Jumlah Pelawat : 465
Tarikh Akhir Dikemaskini : 10 Mei 2011