Bahasa: : Melayu |English | Lain
   

 

Kursus Dalam Kampus

1. Apakah prosedur untuk mengikuti kursus di MKM?
Semua permohonan kursus hendaklah melalui borang yang perlu disahkan oleh Koperasi masing-masing. Jika kakitangan kerajaan hendaklah mendapat kebenaran daripada ketua jabatan tersebut. Jika peserta pernah hadir ke MKM boleh mengisi borang melalui online di laman web http://www.mkm.edu.my.

 

2. Bolehkah anak anggota memohon kursus di MKM?
Kursus yang diperuntukan oleh MKM secara percuma adalah hanya untuk anggota sahaja.  Jika anak anggota merupakan ahli koperasi maka beliau layak untuk memohon kursus percuma di MKM. Jika bukan ahli maka akan dikenakan bayaran.

 

3. Bolehkah kursus JAD dibuka kepada pelajar sekolah?
Kursus JAD tidak  sesuai dengan pelajar sekolah kerana topik atau skop yang berbeza dengan koperasi dewasa.

 

4. Apakah kursus yang sesuai untuk ALK yang baru dilantik?
Kursus Asas Pengurusan Koperasi dan kursus Asas Pendidikan Anggota yang mana kursus ini wajib dihadiri oleh ALK yang baru dilantik.

 

5. Jika telah menghadiri kursus Wajib di MKM adakah perlu hadiri kursus wajib anjuran ANGKASA?
Tidak perlu kerana kursus wajib hanya perlu dihadiri sekali sahaja dalam tempoh pelantikan jawatan.

 

6. Adakah kursus wajib yang dianjurkan di MKM sama dengan anjuran ANGKASA?
Kursus wajib yang dianjurkan adalah sama  dan anggota lembaga hanya perlu hadir sekali sahaja kursus wajib sama ada dianjurkan oleh MKM atau ANGKASA

 

7. Bolehkah anggota koperasi terdiri daripada kakitangan awam  memohon pelepasan cuti tanpa rekod ?
Kakitangan awam layak  memohon pelepasan cuti tanpa rekod menghadiri kursus  di MKM selaras dengan perintah am bab c.

 

8. Jika peserta yang telah mendaftar tidak hadir, bolehkah diganti dengan peserta lain?
Boleh dengan syarat mengemukakan surat daripada Koperasi kepada MKM dan menyatakan pegawai yang akan menggantikan pegawai yang tidak hadir.

 

9. Had Umur maksimum mengikuti kursus di MKM?
Tiada had umur maksimun dikenakan, peserta  boleh mengikuti kursus di MKM dengan syarat 18 tahun ke atas.

 

10. Adakah MKM akan memperbanyakkan kursus-kursus yang berbentuk lawatan untuk koperator?
Pada masa ini MKM menganjurkan dua kursus sahaja berbentuk lawatan sambil belajar iaitu Kursus Padanan Pengalaman Perniagaan dan Kajian Lapangan. Memandangkan kosnya agak tinggi dan sambutannya agak sederhana MKM tidak bercadang untuk memperbanyakkannya.

 

11. MKM selalu mengadakan kursus bercorak teori. Bolehkah diperbanyakkan lebih kursus yang bercorak kemahiran atau praktikal?
Kursus teori yang disediakan oleh MKM disertakan juga ciri-ciri praktikal seperti yang dijalankan untuk bidang Akaun dan IT.

 

12. Bolehkah MKM memberikan kursus mengenai kefahaman anggota kepada kalangan guru-guru?
MKM ada memberi kursus kepada guru-guru dan koperasi boleh menulis surat terlebih dahulu untuk memanggil MKM memberikan ceramah.

 

13. Apakah perbezaan di antara Koperasi dan KOBERA
Koperasi dan KOBERA adalah sama iaitu kedua-duanya adalah tergolong di dalam sektor koperasi yang didaftarkan di bawah AKta Koperasi  1993 dengan pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Walau bagaimanapun KOBERA diperkenalkan oleh kerajaan untuk setiap DUN bagi membantu meningkatkan sosioekonomi di kalangan penduduk di kawasan DUN tersebut melalui aktiviti berkoperasi

 

 

Bookmark and Share
Jumlah Pelawat : 588
Tarikh Akhir Dikemaskini : 10 Mei 2011