Program Kursus Jangka Panjang
1. Apakah syarat untuk memohon program Ijazah MKM
Syarat untuk Ijazah ialah lulus SPM dengan kepujian BM, Lulus BI, lulus Matematik dan STPM dengan sekurang-kurangnya PNGK 2 atau STAM sekurang-kurangnya mendapat Jayyid atau Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan.
2. Syarat memasuki program Diploma MKM selepas tamat SPM
- Diploma Pengurusan Koperasi
3 tahun, kelayakan SPM/SPVM dengan kredit BM, Matematik dan dua mata pelajaran lain.
- Diploma Profesional Pengauditan Koperasi
1 tahun, kelayakan Diploma Pengurusan Koperasi atau Diploma yang setaraf dengan PNGK tidak kurang 2.5. Calon yang mendapat sijil ini layak untuk mendapat kelulusan Graduate Member ICMA yang telah diiktiraf oleh JPA dan setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan IPTA.
3. Berapakah kadar yuran pengajian Ijazah bagi anggota dan bukan anggota koperasi
Kadar Ijazah
Kadar anggota dan anak anggota adalah RM 13,505.00. Bukan anggota RM 16,705.00 dan jika pelajar luar negara RM 39,810.00
Kadar Diploma
Dip. Pengurusan Koperasi untuk Anggota RM 4,500 , bukan anggota RM 5,500.00
Dip. Profesional Pengauditan untuk Anggota RM 2,588 , bukan anggota RM 2,788.00
4. Adakah disediakan pinjaman atau bantuan kewangan.
Pelajar boleh memohon untuk mendapat pinjaman daripada tabung KWAPK atau pinjaman Bank Rakyat.
5. Bagaimanakah prospek atau peluang kerjaya bagi graduan pelajar program ini?
Ramai graduan MKM telah berjaya mendapat pekerjaan dalam sektor awam dan swasta. Untuk makluman, 33 peratus bekerja dengan pihak Swasta, 30 peratus bekerja dengan Koperasi dan 30 peratus melanjutkan pelajaran atau bekerja sendiri.
6. Adakah pelajar disediakan dengan kemudahan penginapan?
Setakat ini MKM masih menempatkan penginapan semua pelajar dalam asrama di MKM Petaling Jaya.
<<Kembali