Bahasa: : Melayu |English | Lain
   
Program Diploma
Bullet Pengenalan
Bullet Rangka Pengajian
Bullet Permohonan
 
Diploma Profesional Pengauditan Koperasi (e-Pendidikan Jarak Jauh (e-PJJ)) Kerjasama MKM-ICMA
 
 
 

Program ini merupakan program kerjasama antara MKM dan Institut Pengauditan Pengurusan Koperasi (ICMA). Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) dengan menggunakan sistem e-Pembelajaran merupakan salah satu inisiatif ICT MKM. Pembelajaran secara atas talian ini membolehkan bahan kursus dicapai dengan mudah oleh pelajar atau peserta kursus. Oleh itu, mulai 2011, MKM mengorak selangkah lagi dengan menawarkan kursus jangka panjang secara Pendidikan Jarak Jauh (e-PJJ). Pertemuan antara pelajar dan pengajar hanya ditetapkan sebulan sekali. Graduan yang tamat Diploma Profesional Pengauditan Koperasi akan mendapat kelulusan ’Graduate Member ICMA’ yang diiktiraf oleh JPA setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan maksud lantikan ke jawatan akauntan dalam sektor koperasi.

 
Objektif Program
 
  • Melahirkan lebih ramai tenaga profesional yang memiliki kemahiran dalam bidang perakaunan, pengauditan, kawalan dalaman dan percukaian koperasi
  • Dalam jangka panjang akan menyediakan lebih ramai juruaudit bertauliah dan tenaga pakar dalam bidang pengauditan koperasi
 
Kumpulan Sasaran
 
  • Lulusan Diploma Pengurusan Koperasi.
  • Lulusan diploma atau ijazah dari IPTA atau IPTS dalam bidang pentadbiran perniagaan atau perakaunan.
  • Lulusan Ijazah Sarjana Muda pentadbiran Perniagaan atau Perakaunan.
  • Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam bidang perakaunan dan pengauditan.
 
Kelayakan Masuk
 
  • Diploma Pengurusan Koperasi; atau
  • Diploma yang setaraf; dan
  • Memperoleh PNGK 3.0 dan ke atas. Walaubagaimanapun pertimbangan akan diberi kepada pemohon yang mempunyai PNGK kurang daripada 3.0 tetapi mendapat sekurang-kurangnya A- dalam subjek-subjek perakaunan dan keawangan; atau
  • 5 tahun pengalaman kerja dalam bidang pengauditan dan perakaunan.  
 

 

Bookmark and Share
Jumlah Pelawat : 4221
Tarikh Akhir Dikemaskini : 05 September 2011