Bahasa: : Melayu |English | Lain
   
Program Diploma
Bullet Pengenalan
Bullet Kos Pengajian
Bullet Kurikulum Program
Bullet Rangka Pengajian
Bullet Permohonan
Bullet Kelayakan Masuk
Bullet Urusan Pendaftaran
Bullet Maklumat Terkini
 
Diploma Pengurusan Koperasi
 
 
 

Diploma Pengurusan Koperasi merupakan satu usaha Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) dalam mengisi matlamat untuk menjadikan institusi ini sebagai salah satu Pusat Pengajian Tinggi yang setaraf dengan IPT yang lain. Program Diploma ini akan dijalankan secara sepenuh masa selama 2 1/2 tahun dan ia menggantikan Diploma Pengurusan Koperasi sepenuh masa (1 tahun) dan separuh masa (2 tahun) yang dijalankan di MKM sejak tahun 1991.

Program ini bertujuan untuk melengkapkan peserta dengan kefahaman dan kemahiran pengurusan koperasi bagi melahirkan kumpulan tenaga kerja pengurusan yang cekap dan terlatih. Selaras dengan itu kandungan kursus akan menekankan teknik-teknik pengurusan terkini yang sesuai untuk dipraktikkan dalam gerakan koperasi.

Program ini merupakan satu peluang istimewa kepada pemimpin-pemimpin koperasi bagi membolehkan mereka menimba ilmu dan memegang jawatan yang lebih tinggi. Ia juga merupakan satu peluang kepada pelajar-pelajar lepasan SPM/STPM untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan memperoleh jawatan yang lebih baik.

Objektif Program

Objektif Program Diploma Pengurusan Koperasi adalah:

  • Untuk memantapkan kefahaman mengenai koperasi dari segi konsep, falsafah, prinsip dan perundangan.
  • Untuk melengkapkan pelajar dengan teknik-teknik dan kemahiran pengurusan koperasi khususnya dari segi pembentukan dan perlaksanaan strategi-strategi perniagaan dengan berteraskan prinsip-prinsip dan perundangan koperasi.
  • Untuk membolehkan pelajar meningkatkan kemahiran penganalisaan dan membuat keputusan di dalam perancangan dan pengurusan organisasi.

 

Kumpulan Sasaran

  • Pemimpin-pemimpin koperasi.
  • Kakitangan pengurusan koperasi.
  • Pegawai-pegawai dari Jabatan/Agensi yang mengawasi koperasi.
  • Pegawai-pegawai dari Jabatan/mana-mana agensi kerajaan atau swasta.
  • Lepasan SPM/STPM.

 

 

Bookmark and Share
Jumlah Pelawat : 5662
Tarikh Akhir Dikemaskini : 15 April 2011