Bahasa: : Melayu |English | Lain
   

 

Pusat Pentadbiran Perundangan & Kepimpinan Koperasi (CALL)

Bullet Pengenalan Bullet Senarai Kursus  

 

Pengenalan

Pusat Pentadbiran, Perundangan dan Kepimpinan Koperasi (CALL) merupakan salah sebuah pusat yang terawal ditubuh di Maktab Koperasi Malaysia. Peranan utama Pusat CALL ialah melatih dan membimbing tenaga kerja koperasi dan juga Anggota Lembaga Koperasi dalam bidang berkaitan ilmu koperasi dalam aspek pentadbiran, perundangan dan kepimpinan koperasi.

Pada masa ini Pusat CALL menawarkan kursus Pengenalan Koperasi, Pentadbiran Koperasi, Pengurusan Mesyuarat Agung Koperasi, Perundangan Koperasi, Penyelesaian Pertikaian dan Pindaan Undang-Undang kecil Koperasi. Di samping itu juga Pusat CALL terlibat dengan satu kursus antarabangsa dan juga khidmat konsultansi koperasi terutama dalam bidang pindaan undang-undang kecil koperasi.

Tambahan kepada perkara di atas Pusat CALL juga merancang menjalankan satu projek penyelidikan dalam bidang tadbir urus koperasi serta membuat kajian kes dalam bidang pentadbiran dan perundangan koperasi sepanjang tahun ini. Harapan daripada daripada projek penyelidikan dan kajian kes ialah boleh meningkatkan tahap profesionalisma tenaga pensyarah serta boleh digunapakai oleh koperasi sebagai panduan untuk pengurusan koperasi yang lebih berkesan.

Selaras dengan Visi Maktab Koperasi Malaysia untuk menjadi institusi koperasi bertaraf dunia, maka Pusat CALL sentiasa menawarkan kursus-kursus yang beroriantasikan kehendak dan keperluan semasa serta praktikal. Dengan itu membolehkan peserta menggunakan modul-modul latihan yang ditawarkan untuk meningkatkan prestasi koperasi.

 

Bookmark and Share
Jumlah Pelawat : 1708
Tarikh Akhir Dikemaskini : 09 Januari 2012