Pusat Keusahawanan Koperasi & Peruncitan(BMeC) | Pengenalan Senarai Kursus
|
Pengenalan
Pusat Keusahawanan Koperasi & Peruncitan (BMeC) berfungsi menyediakan program-program latihan yang berkaitan dengan kaedah-kaedah menguruskan sesebuah perniagaan khususnya perniagaan-perniagaan yang dijalankan oleh koperasi-koperasi di negara ini. Selain daripada itu Pusat ini juga secara tidak langsung berperanan menjayakan hasrat kerajaan untuk melahirkan usahawan dikalangan bumiputera.
Justeru visi BMeC adalah menjadi Pusat yang berdaya saing, proaktif dan dinamik dalam merancang dan mengendalikan program-program latihan dan aktiviti pembangunan dengan lebih berkesan. Ini adalah selaras dengan Visi MKM yang akan menjadi sebuah institusi koperasi terunggul di dunia.
Berasaskan kepada misi BmeC iaitu "Melahirkan koperator-koperator yang berkemahiran dan kompeten untuk menguruskan aktiviti perniagaan koperasi melalui program-program latihan yang dirancang mengikut kehendak persekitaran pemiagaan semasa melalui teknik pembelajaran yang berkesan" dan "Melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran, beretika serta mengamalkan budaya kerja berpasukan dan semangat setiakawan melalui program pembangunan diri dan kerjaya yang terancang", maka dengan berlandaskan kepada misi tersebut BMeC akan terus menyediakan program-program latihan bagi koperator khasnya yang dapat dipraktikkan dalam merancang dan menguruskan perniagaan koperasi.