Bahasa: : Melayu |English | Lain
   

 

 

Pusat Antarabangsa & Pendidikan Tinggi (ANTARABANGSA)

 

Bullet Pengenalan Bullet Senarai Program

PROGRAM – PROGRAM YANG DITAWARKAN OLEH PUSAT ANTARABANGSA DAN PENDIDIKAN TINGGI (ANTARABANGSA)

 

Pusat Antarabangsa dan Pendidikan Tinggi (ANTARABANGSA) telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan pelbagai program seperti berikut :-

i. Program-program di peringkat Antarabangsa

a. MoU luar negara dan dalam negara

Pusat Antarabangsa bertanggungjawab untuk menguruskan jalinan kerjasama di dalam dan luar negara iaitu MoU di dalam negara dan luar negara Di dalam MoU ini telah menggariskan beberapa bidang Kerjasama iaitu:-

  • Pertukaran Maklumat dan Kepakaran;
  • Program Sangkutan;
  • Lawatan Kerja;
  • Pakatan Strategik;
  • Penyelidikan dan konsultasi dan
  • Lain-lain aktiviti berasaskan pengetahuan.

b. Sangkutan/Attachment


Pusat Antarabangsa juga menguruskan program sangkutan/ICA dengan koperasi-koperasi dan organisasi yang berkaitan di luar negara bagi pegawai-pegawai MKM. Antara negara yang yang terlibat ialah Iran, Brunei, India, Jepun, Singapura dan Nepal. Selain itu Pusat ini juga melakukan urusan-urusan awal sebelum penghantaran pegawai MKM mengikuti sebarang program sangkutan, seperti berikut:-

  • Mengenal pasti negara yang sesuai;
  • Membuat budget untuk kelulusan pihak majlis;
  • Mengenal pasti pensyarah yang sesuai dengan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan;
  • Memaklumkan tugasan pegawai sebelum dan selepas lawatan; dan
  • Berhubung dengan pihak ICA , Wisma Putra dan pihak kedutaan bagi kedua-dua buah negara.

Pusat Antarabangsa juga telah diberi tanggungjawab mengurus dan menyelaraskan program lawatan delegasi antarabangsa di antaranya ialah lawatan delegasi dari negara Brunei , Iran , India dan Jepun.

c. PROGRAM MTCP

Program Kerjasama Teknikal Malaysia atau Malaysian Technical Co-operation Programme (MTCP) adalah di bawah tajaan Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar Negeri bagi mempertingkatkan hubungan kerjasama antara Malaysia dengan negara-negara yang terpilih. Pusat Antarabangsa dan Pendidikan Tinggi (Antarabangsa) bertindak selaku Sekretariat bagi Program MTCP di Maktab Kerjasama Malaysia.
Program ini berlangsung selama 4 minggu. MTCP di MKM sehingga kini menyediakan 6 kursus seperti berikut:

Bil. Nama Kursus Kod Tahun mula diperkenalkan
1 Certificate in Co-operative Management 501 1984
2 Certificate in Co-operative Auditing 502 2001
3 Certificate in Co-operative Human Resource Management 503 2002
4 Certificate in Co-operative Desktop Publishing 504 2003
5 Certificate in Co-operative Poverty Reduction 505 2005
6 Certificate in Co-operative Financial Management 506 2010


Muka: 1  2  

Bookmark and Share
Jumlah Pelawat : 643
Tarikh Akhir Dikemaskini : 03 Mei 2011