SYARAT-SYARAT LANTIKAN:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
- warganegara Malaysia;
- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
- Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana dalam pengkhususan “English Language and Literature” atau “TESL” yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
DAN lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan.
PERHATIAN:
PERMOHONAN HANYA TERBUKA KEPADA GURU ATAU PENSYARAH IPTA / IPTS SAHAJA.
CARA MEMOHON:
a) Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati di Laman Web MKM. Di penjuru sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis jawatan yang dipohon.
b) Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 Jun 2010.
c) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang diakui sah dan juga gambar berukuran pasport yang terbaru dan dialamatkan kepada:
PENGARAH
MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA
PETI SURAT 60, 103 JALAN TEMPLER
46700 PETALING JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
(U.P.: UNIT SUMBER MANUSIA)
PERHATIAN
Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.