Bahasa: : Melayu |English | Lain
   

 

Program Sijil

 Bullet Pengenalan  Bullet Kurikulum Program

 

PROGRAM SIJIL PENGURUSAN KOPERASI                                                                               

Sijil Pengurusan Koperasi merupakan satu program yang diperkenalkan untuk memberi pendedahan tentang gerakan koperasi di Malaysia. Peserta akan diperlengkapkan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengurusan dan pentadbiran koperasi. Program ini juga direka khusus bagi menggalakkan lebih banyak penyertaan individu di dalam sektor koperasi khususnya di negeri Sarawak.


Objektif Program


    1) Memantapkan kefahaman peserta mengenai koperasi dari segi konsep, falsafah, prinsip, pentadbiran, pengurusan serta perundangan koperasi.
    2) Memberi keyakinan diri kepada peserta dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dalam koperasi.
    3) Membolehkan peserta meningkatkan kemahiran penganalisaan dan membuat perancangan strategik bagi meningkatkan daya saing koperasi dalam pelbagai bidang.

 
Kelayakan Masuk


    i) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/SPMV atau setarafnya) dengan kredit dalam 2 matapelajaran termasuk Bahasa Melayu dan lulus Matematik ATAU
    ii) Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/SPMV atau setarafnya) dan 3 tahun pengalaman dalam bidang pengurusan dan pentadbiran koperasi.

Kumpulan Sasaran

  1. Pemimpin-pemimpin Koperasi
  2. Tenaga Pengurusan Koperasi
  3. Anggota Koperasi
  4. Pegawai-pegawai Jabatan/Agensi Kerajaan/Swasta
  5. Individu Lepasan SPM yang berminat

 

Jangka Masa Pengajian

Dijalan Secara Separuh Masa : 1 tahun 6 bulan @ 6 Modul
(Kuliah 2 minggu sekali, setiap SABTU dan AHAD)

Kemudahan Disediakan

  1. Makmal Komputer Berinternet
  2. Perpustakaan
  3. * Penginapan dan * Elaun Perjalanan
  4. Makan Tengahari

    * Tertakluk kepada terma dan syarat serta pindaan dari semasa ke semasa

 

Kos Pengajian

Yuran sebanyak RM800 untuk sepanjang pengajian.
(Yuran PERCUMA kepada pemohon di kalangan ANGGOTA KOPERASI)

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan BORANG PERMOHONAN yang boleh diperolehi di pejabat Maktab Koperasi Malaysia (MKM) Cawangan Sarawak atau muat turun di portal MKM.

Muat turun borang (95KB, PDF)


Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Penyelaras,
Sijil Pengurusan Koperasi
Maktab Koperasi Malaysia
Cawangan Sarawak
Bangunan Rugaiyah, Peti Surat 6241
Jalan Song Thian Cheok
93100 Kuching, Sarawak

Tel :082 230409/428157
Faks : 082 410084

e-mel: mkmsarawak@mkm.edu.my

 

Bookmark and Share
Jumlah Pelawat : 4138
Tarikh Akhir Dikemaskini : 04 Februari 2012