Profil Cawangan
Pengenalan

MKM Cawangan Sarawak ditubuhkan di bandaraya Kuching pada bulan September 1998 dan berpejabat di Bangunan Tabung Haji, Jalan Satok. Pentadbiran MKM Cawangan Sarawak pada masa itu diuruskan oleh hanya dua orang pembantu tadbir sementara kursus-kursus yang dijalankan diselia oleh ibu pejabat MKM di Petaling Jaya, Selangor.
Di atas kesedaran untuk meningkatkan pemahaman terhadap ilmu perkoperasian di kalangan koperator-koperator di Sarawak, maka pada tahun 2000, MKM Cawangan Sarawak telah menambah bilangan tenaga kerja seramai lima orang yang terdiri daripada seorang Ketua Pusat, dua orang Pegawai Latihan, seorang Penolong Pegawai Tadbir dan seorang Pemandu. Ini bertujuan bagi memudahkan kursus-kursus yang lebih efektif dijalankan.
Berikutan kursus-kursus yang dijalankan semakin bertambah, pada tahun 2001, MKM Cawangan Sarawak telah berpindah ke pejabat baru yang lebih selesa iaitu di Bangunan Amfinance, Jalan Haji Taha, Kuching. Sejak itu, MKM Cawangan Sarawak mula bergiat lebih aktif dalam melaksanakan kursus-kursus yang bersesuaian dan relevan kepada gerakan koperasi di seluruh negeri Sarawak selaras dengan perkembangan semasa.
Pada bulan Oktober 2006, MKM Cawangan Sarawak telah berpindah sekali lagi ke bangunan baru, iaitu Bangunan Rugayah di Jalan Song Thian Cheok, Kuching. Perpindahan ke bangunan baru ini diharapkan akan lebih memberi keselesaan kepada koperator-koperator yang datang berkursus ke MKM Cawangan Sarawak serta dapat memenuhi keperluan mereka sepanjang tempoh berkursus.
Tenaga kerja MKM Cawangan Sarawak telah bertambah seramai 15 orang yang terdiri daripada seorang Pengarah Cawangan, enam orang Pegawai Latihan di bahagian akademik termasuk dua orang pegawai latihan baru yang melapor diri pada penghujung tahun 2007.
Pegawai latihan-pegawai latihan ini mempunyai pelbagai bidang kepakaran seperti pentadbiran dan undang-undang koperasi, perakaunan dan kewangan, pengurusan perniagaan dan keusahawanan serta teknologi maklumat dan komunikasi. Sementara, seramai lapan orang di bahagian pengurusan.
Alamat :
Maktab Kerjasama Malaysia Cawangan Sarawak
Bangunan Rugayah. Lot 97, Jalan Thian Sheok,
P.O. Box B241,
93400 Kuching, Sarawak
E-mel : mkmsarawak@mkm.edu.my
Tel : 082-230409
Faks : 082-230405
Carta Organisasi

Piagam Pelanggan
- Memperkenalkan pembaharuan dan idea baru dalam program latihan.
- Memberi latihan berkualiti kepada anggota koperasi sekurang-kurangnya 100 kursus dalam dan luar MKM setiap tahun.
- Mengadakan program jangka panjang begi melahirkan bakal pengurus koperasi
- Menyebarkan maklumat-maklumat terkini di dalam bidang koperasi melalui penerbitan seperti majalah, dan buletin sekurang-kurangnya dua kali setahun
- Mengedarkan kalendar Program Latihan Tahunan MKM pada bulan Disember setiap tahun.
- Menyediakan bahan-bahan rujukan perpustakaan yang lengkap, terkini dan mudah diperolehi.
- Memastikan kemudahan-kemudahan pembelajaran yang selesa dan lengkap pada masa yang diperlukan.
- Memastikan perkhidmatan sokongan seperti penyediaan makanan, penginapan dan pengangkutan bagi peserta kursus jangka pendek tersedia pada masa yang hendak digunakan.
Misi, Visi dan Objektif
Visi
- Menjadi sebuah institusi latihan dan pendidikan koperasi yang terunggul
Misi
- Melahirkan komuniti dan usahawan koperasi yang berilmu, berintegriti dan profesional melalui program latihan dan pendidikan yang berkesan selaras dengan Dasar Koperasi Negara (DKN).
- Melahirkan warga MKM Cawangan Sarawak yang komited, berpengetahuan, kreatif, inovatif dan beretika melalui program pembangunan manusia yang berkesan.
Objektif
- Menyedia dan melaksanakan latihan dan pendidikan yang relevan dan menepati keperluan semasa komuniti dan usahawan koperasi bagi negeri Sarawak
- Meningkatkan kemahiran pengurusan pemimpin dan tenaga kerja koperasi melalui program latihan, khidmat nasihat dan konsultansi.
- Meningkatkan pengetahuan penggunaan dalam teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengurusan koperasi.
- Melahirkan warga MKM Cawangan Sarawak yang komited, berpengetahuan, kreatif, inovatif dan beretika melalui program pembangunan sumber manusia yang berkesan