Piagam Pelanggan
Kami warga MKM dengan penuh iltizam berjanji memberi perkhidmatan yang cekap, profesional dan mesra kepada pelanggan kami:-
- Merancang dan melaksanakan latihan, pendidikan dan perkhidmatan berteraskan ilmu yang inovatif, efektif dan kreatif berorientasikan pelanggan.
- Memberi latihan yang berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2000.
- Memastikan program Diploma Pengurusan Koperasi sentiasa memenuhi standard MQA.
- Memastikan penemuan semua penyelidikan yang dijalankan oleh MKM dibentangkan kepada gerakan koperasi.
- Memastikan penerbitan bahan ilmiah diterbitkan mengikut masa yang ditetapkan dan berkualiti.
- Memastikan skor penilaian kursus pada keseluruhannya mendapat penilaian tidak kurang daripada 4 dalam skala 1 hingga 5.
- Mengambil tindakan segera terhadap setiap aduan dan pertanyaan pelanggan dalam masa 48 jam.