Font Plus Font Minus Font Reset
Red Blue Green
Bahasa Melayu | English Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
   

 

Kemudahan

 

Perpustakaan

Perpustakaan Perpustakaan

PERPUSTAKAAN MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

Unit Perkhidmatan Perpustakaan MKM menyediakan pelbagai maklumat terutamanya koperasi dan pengurusan perniagaan yang terkini dan sesuai dengan keperluan pengguna.

Koleksi Koperasi

Berbagai bahan seperti buku, jurnal, majalah, laporan tahunan, abstrak, indeks, akta, keratan akhbar, kertas kerja seminar dan bengkel, video dan filem 16 mm. Bahan-bahan ini adalah untuk bacaan, pinjaman dan penyelidikan. Koleksi ini terdiri dari bahan-bahan terbitan dalam dan luar negara.

Koleksi Pengurusan Perniagaan

Berbagai terbitan tempatan dan luar negara seperti buku, jurnal, majalah, keratan akhbar, indeks, abstrak, laporan tahunan, kertas-kertas kerja seminar, bengkel serta akhbar terkini disediakan untuk bacaan, rujukan dan pinjaman. Bahan-bahan dalam bentuk video, filem 16 mm dan CD-Rom serta disket juga disediakan.

Penggunaan Katalog Umum Atas Talian (OPAC)

Para pengguna boleh menggunakan Katalog Umum Atas Talian (OPAC) untuk melakukan pencarian bahan-bahan di perpustakaan dengan lebih efektif. Komputer khas disediakan untuk melakukan pencarian tersebut.

Bilik Siber

Bilik khas penggunaan internet untuk memberikan kemudahan kepada pengguna mengakses maklumat dengan lebih efektif selaras dengan piagam pelanggan kami untuk menyediakan kemudahan teknologi maklumat.

Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan:-

 

Puan Shamsiah Bt Abu (Ketua Unit/Pustakawan I/Pegawai Perpustakaan) atau Cik Siti Suhana Bt Adnan (Pustakawan II/Pegawai Perpustakaan ) di talian: 03-7964 9000 samb 078/079

 

Waktu Perpustakaan Dibuka:-

Isnin - Khamis
  • 7.30 am - 6.00 pm
Jumaat
  • 7.30 am - 12.15 pm
  • 2.45 pm - 6.00 pm
   
Tutup pada hari Sabtu dan Ahad

 

Muka: 1  2  

 
     
 myGovSKMeKLHRMISICAMQAIIMMSCMAMPUmyID

rss feed