Visi
Menjadi Pusat Rujukan dan Peneraju Pembangunan Modal Insan Koperasi yang Unggul.
Misi
Komited untuk membangunkan modal insan yang kompeten, kreatif, efektif dan berorientasi pelanggan dengan penerapan nilai dan prinsip koperasi serta menjadi pusat rujukan pendidikan, penyelidikan dan konsultasi.
Objektif & Fokus
Objektif
- Mewujud & meningkatkan jaringan perhubungan antarabangsa bagi melaksanakan latihan yang bersifat global.
- Menyedia & melaksanakan latihan dan pendidikan yang releven dan menepati keperluan semasa gerakan koperasi.
- Meningkatkan penggunaan teknologi maklumat & komunikasi dalam pengurusan koperasi.
- Meningkatkan kemahiran pengurusan pemimpin, usahawan dan tenaga kerja koperasi melalui program latihan, khidmat nasihat & konsultasi.
Fokus
Menerajui kecemerlangan dalam latihan dan pendidikan koperasi.
Teras Strategik
- Mewujudkan & meningkatkan jaringan perhubungan antarabangsa bagi melaksanakan latihan yang bersifat global.
- Menyedia & melaksanakan latihan dan pendidikan yang releven dan menepati keperluan semasa gerakan koperasi.
- Meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengurusan koperasi.
- Meningkatkan kemahiran pengurusan pemimpin, usahawan dan tenaga kerja koperasi melalui program latihan, khidmat nasihat & konsultasi
Sasaran & Pelanggan MKM
MKM menyediakan latihan kepada Anggota Lembaga, anggota dan tenaga kerja koperasi di semua peringkat untuk mewujudkan pentadbiran serta pengurusan koperasi yang beretika, cekap dan berkesan.
Selain itu, MKM juga menyediakan latihan untuk pegawai-pegawai dari Jabatan/Agensi Kerajaan yang mengawasi koperasi di bawah penyeliaannya seperti SKM, RISDA, LPP, LKIM, FELDA, FELCRA, MADA dan KADA. Tidak ketinggalan juga latihan turut diberikan kepada pengurus koperasi dan pegawai-pegawai kerajaan yang menyelia koperasi dari negara-negara sedang membangun di seluruh dunia.
Bermula pada tahun 1991, MKM telah membuka peluang kepada pelajar lepasan SPM untuk mengikuti kursus di peringkat diploma iaitu Diploma Pengurusan Koperasi. Dengan kepesatan dunia pendidikan tertinggi, MKM pada tahun 2009 mengorak langkah dengan menganjurkan kursus Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian (Bidang Tumpuan) Pengurusan Koperasi dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM). Ini adalah antara usaha-usaha yang dijalankan oleh MKM untuk membangunkan sumber manusia yang terlatih dan profesional dalam gerakan koperasi di negara ini.