Piagam Pelanggan MKM 

Kami berjanji untuk merancang dan melaksanakan program latihan dan pendidikan yang menepati keperluan pelanggan dengan: 

  1. Mengedarkan Buku Program dan Kalendar Kursus kepada pelanggan sebelum 31 Januari pada setiap tahun;
  2. Mengeluarkan surat tawaran kursus dalam tempoh satu (1) minggu sebelum tarikh kursus.
  3. Melaksanakan minimum 90 peratus daripada kursus yang dirancang setiap tahun;
  4. Menghasilkan minimum sepuluh (10) keluaran penerbitan setahun ;
  5. Melaksanakan minimum lima puluh (50) khidmat konsultasi koperasi setahun;
  6. Memastikan prasarana dan peralatan latihan berkeadaan baik untuk digunakan sehari sebelum kursus bermula;
  7. Memastikan perkhidmatan perpustakaan dan fasiliti mendapat skor purata penilaian tidak kurang 4 dalam skala 1 hingga 5;
  8. Memastikan penilaian kursus mendapat skor purata penilaian tidak kurang daripada pada 4 dalam skala 1 hingga 5 dan
  9. Memberikan maklum balas terhadap setiap aduan dan pertanyaan dalam tempoh tidak lewat daripada satu (1) hari bekerja