Pengenalan 

Zon ini telah memulakan operasinya pada 3 Januari 2010 dengan nama MKM Wilayah Utara. Bangunan empat tingkat milik Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad dijadikan penempatan pejabat, bilik kuliah dan makmal komputer bagi program-program yang dianjurkan.

Fungsi 

Sebagai nadi minda utara, MKM Zon Utara komited kepada kecemerlangan latihan dan pendidikan koperasi bagi melahirkan warga koperasi yang berilmu pengetahuan dalam menjana kecemerlangan koperasi.

Program Latihan

MKM Zon Utara menjalankan kursus-kursus jangka pendek bagi zon utara merangkumi negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak Utara.

Program dan kursus yang dianjurkan oleh MKM Zon Utara merangkumi bidang:

  • Pengurusan Perniagaan dan Keusahawanan
  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  • Konsultasi Koperasi
  • Perakaunan dan Kewangan
  • Pentadbiran Perundangan dan
  • Kepimpinan Koperasi serta Seminar dan Bicara Profesional

Senarai Program Latihan

Hubungi Kami 

Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh hubungi maklumat seperti di bawah:

Zon Utara
Maktab Koperasi Malaysia 
No. 1515, Wisma KGMKB,
Jalan Tunku Ibrahim,
05000 Alor Setar, Kedah.

No. Tel : 04-733 7527, 04-733 7630
No. Faks : 04-733 7532
Emel : mkmcutara[at]mkm.edu.my

Carta Organisasi 

ZON UTARA

Kemudahan 

MKM Cawangan Utara dilengkapkan dengan dua buah bilik kuliah yang diberi nama Bilik Kuliah Kiambang dan Bilik Kuliah Teratai. Bilik-bilik kuliah ini sesuai untuk kegunaan seminar, bengkel, kursus dan mesyuarat. Mempunyai kerusi dan meja yang boleh disusun mengikut keperluan penyewa serta berhawa dingin. 

Di samping itu juga pihak MKMCU menyediakan peralatan - peralatan IT seperti Komputer, LCD projektor dan sebagainya yang boleh disewa secara berasingan. Pihak luar boleh menyewa bilik kuliah ini sekiranya tidak digunakan untuk berkursus.

Bilik Kuliah Kiambang

Bilik Kuliah Kiambang

  • Terletak di Tingkat 1
  • Boleh memuatkan 60-100 orang peserta pada satu masa

Kadar bayaran bagi penggunaan Bilik Kuliah Kiambang

KemudahanKoperasiJabatan dan Agensi KerajaanSwasta
Pengunaan 5 jam RM280.00 sehari RM350.00 sehari RM450.00 sehari
Pengunaan kurang 5 jam RM240.00 sehari RM350.00 sehari RM450.00 sehari

Bilik Kuliah Teratai

Bilik Kuliah Teratai

  • Terletak di Tingkat 2
  • Dilengkapi dengan sistem pandang dengar terkini sistem suara, mikrofon,Rostrom LCD projektor, skrin dan juga papan putih bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran peserta kursus
  • Boleh memuatkan 35 orang peserta

Kadar bayaran bagi penggunaan Bilik Kuliah Teratai

KemudahanKoperasiJabatan dan Agensi KerajaanSwasta
Pengunaan 5 jam RM200.00 sehari RM250.00 sehari RM300.00 sehari
Pengunaan kurang 5 jam RM180.00 sehari RM150.00 sehari RM250.00 sehari

Makmal Komputer Kenanga 

BIlik Komputer Kenanga

  • Makmal komputer berhawa dingin yang dilengkapi dengan 27 buah komputer sistem multimedia, berkuasa Core 2 Duo 2.9ghz, 2gb Ram DVD-Writer
  • Kemudahan Internet untuk kegunaan peserta-peserta yang menghadiri kursus-kursus komputer. 

Selain untuk kegunaan semasa kursus, kemudahan ini juga boleh disewa oleh pihak luar semasa ketiadaan kursus dengan kadar sewa yang berpatutan. Kadarnya adalah mengikut agensi yang menyewa seperti berikut;

KoperasiJabatan/Agensi KerajaanSwasta
RM40.00 RM50.00 RM55.00

Kemudahan Lain-lain

Dewan Makan Kemudahan Surau Lelaki & Wanita
  • Boleh memuatkan 70 orang dalam satu-satu masa
  • Surau Lelaki dan Surau Wanita ditempatkan di tingkat 3 bangunan MKMCU
  • Kemudahan LIF

 Borang Sewaan Kemudahan

Lokasi

Facebook Rasmi 

 Facebook Rasmi Zon Utara MKM