Pengenalan

MKM Zon Timur mula beroperasi pada 9 Ogos 2009 di Jalan Kerayong 4, Bandar Bera, Pahang.

Demi menyediakan perkhidmatan dan fasiliti yang lebih kondusif, efektif dan mesra pelanggan, selari dengan fungsi MKM untuk membangun dan mengembangkan latihan serta pendidikan koperasi di negara ini, mulai 25 Jun 2015, MKM Zon Timur beroperasi di Kompleks Inkubator, Indera Mahkota 14, Kuantan, Pahang.

Fungsi

Maktab Koperasi Malaysia Zon Timur (MKMZT) bertanggungjawab untuk memastikan pembangunan modal insan dalam gerakan koperasi menerusi latihan, pendidikan dan perkhidmatan dapat dimanfaatkan oleh gerakan koperasi sama ada di pedalaman atau di bandar bagi negeri Pahang, Terengganu, Kelantan dan sebahagian Negeri Sembilan yang bersempadanan dengan Pahang.

Program Latihan

MKMZT menawarkan pelbagai jenis kursus jangka pendek terdiri daripada bidang:

  • Pentadbiran dan Perundangan Koperasi
  • Perakaunan dan Kewangan Koperasi
  • Pengurusan Perniagaan dan
  • Teknologi Maklumat.

Selain itu, MKMZT juga mengadakan program wacana ilmu seperti bicara profesional, seminar dan konvensyen. Di samping itu juga, MKMZT turut memberi khidmat nasihat dan konsultansi kepada gerakan koperasi.

Program Latihan

Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh hubungi maklumat seperti di bawah:

Zon Timur
Maktab Koperasi Malaysia,
Kompleks Inkubator,
Indera Mahkota 14,
Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan, Pahang Darul Makmur.

No. Tel: 09-5732449
No. Faks: 09-5732450
Emel: mkmctimur[at]mkm.edu.my

Carta Organisasi

 images/Profi/Carta_Organisasi/ZON-TIMUR-01.jpg

Peta Lokasi

Facebook Rasmi

 Facebook Rasmi Zon Timur MKM