Pengenalan 

MKM Zon Tengah merupakan zon baharu yang diwujudkan pada tahun 2016 selaras dengan Transformasi MKM yang menawarkan program latihan atau kursus dalam bidang keberhasilan utama yang dinyatakan dalam Dasar Koperasi Negara (DKN 2011-2020).

Fungsi 

Selain daripada Kursus Wajib, fokus MKM Zon Tengah adalah kepada kursus Pengurusan dan Teknikal, Bicara Profesional, Seminar, Kajian Impak dan Bengkel Susulan. Zon Tengah juga berperanan melaksanakan program Sijil yang merupakan flagship atau identiti kepada MKM iaitu program Sijil Pengurusan Koperasi. Selain itu, untuk meningkatkan kompetensi setiausaha koperasi, program Sijil Profesional Setiausaha Koperasi turut ditawarkan di bawah Zon Tengah.

Selain melaksanakan kursus, Zon Tengah juga berperanan memberikan khidmat nasihat, membangunkan kajian kes, menghasilkan penulisan dan juga penyelidikan yang berkaitan dengan bidang tumpuan yang dinyatakan.

Program Latihan

Bidang tumpuan kursus-kursus yang ditawarkan di bawah Zon Tengah meliputi apspek pengurusan dan pentadbiran koperasi, perundangan koperasi, kepimpinan koperasi, kewangan, dan pengurusan perniagaan. Peranan utama Zon Tengah adalah untuk melaksanakan dan memperkasa Kursus Wajib. Ini meliputi Kursus Wajib 1,2,3 dan juga JAD.

Dengan adanya Kursus Wajib ini, ia dapat memberi pendedahan dan kesedaran kepada ALK dan JAD tentang kepentingan integriti dan tugas fidusiari yang diamanahkan kepada mereka. Jajahan atau liputan Zon Tengah adalah merangkumi tiga buah negeri iaitu Wilayah Persekutuan, Putrajaya, Selangor dan Perak Tengah.

Senarai Program Latihan Muat Turun Kursus Anjuran Zon Tengah

Hubungi Kami 

Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh hubungi maklumat seperti di bawah:

Zon Tengah
Maktab Koperasi Malaysia,
103, Jalan Templer,
46700 Petaling Jaya,
Selangor.

No. Tel : 03-7964 9069
No. Faks : 03-7954 3957
Emel : tengah[at]mkm.edu.my

Carta Organisasi 

zon tengah

Klik untuk Paparan Penuh

Peta Lokasi

 Facebook Rasmi 

 Facebook Rasmi Zon Tengah MKM