Pengenalan

Maktab Koperasi Malaysia telah melebarkan sayapnya ke negeri Johor Darul Takzim dan ia merupakan cawangan ke-4 selepas negeri Sabah, Sarawak dan Zon Timur. MKM Zon Selatan (MKMZS) dirasmikan pada 1 Februari 2010.

Fungsi

MKMCS menggalas tanggungjawab memberikan latihan kursus jangka pendek kepada koperator di negeri Johor dan Melaka. Penubuhan MKMCS dapat memudahkan koperator-koperator, khususnya dari bahagian selatan Malaysia, menghadiri kursus-kursus yang ditawarkan oleh MKM. Selain Johor, MKMCS juga meliputi Melaka dan Negeri Sembilan.

Program Latihan

Selain kursus jangka pendek, MKMCS juga berperanan memberi khidmat nasihat dan konsultasi percuma kepada koperator-koperator yang memerlukan.

Senarai Program Latihan

Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan tuan/ puan boleh hubungi maklumat seperti di bawah:

Zon Selatan,
Maktab Koperasi Malaysia,
Tingkat 1,
Bangunan Kerjasama,
Jalan Dhoby,
80000 Johor Bahru, Johor.

Tel: 07-226 2119
Faks: 07-226 2125
Emel: mkmcselatan[at]mkm.edu.my

Carta Organisasi

zon selatan

Kemudahan

Makmal Siber Zon

Makmal SiberMakmal Siber

MKM Zon Selatan mempunyai sebuah makmal komputer berhawa dingin yang dilengkapi sebanyak 31 buah komputer termasuk sebuah komputer tenaga pengajar. Makmal ini khususnya digunakan untuk peserta-peserta yang menghadiri kursus komputer anjuran MKM.

Kemudahan makmal ini juga boleh disewa oleh pihak luar sekiranya tiada aktiviti daripada pihak MKM dengan kadar sewa seperti berikut :

Jenis SewaanKadar Sewa (7.30 pagi - 5.30 petang)Lain-lain
Makmal Komputer RM 300.00/ hari Tempoh Sewaan: 7.30 pagi - 5.30 petang
PC RM 25.00/ PC Bilangan Komputer : 30 buah

**Tambahan untuk setiap 1 jam berikutnya: RM 40.00

Terdapat juga kemudahan lain seperti perpustakaan mini, tandas dan lif. Bagi kursus-kursus selain kursus komputer, kemudahan pembelajaran diadakan di hotel yang dikenal pasti sekitar Johor Bahru dan penginapan juga disediakan di hotel tersebut.

Peta Lokasi

Facebook Rasmi

 Facebook Rasmi Zon Selatan MKM