Fungsi

  1. Merancang dan melaksanakan pelan media berhubung publisiti, promosi dan kempen bagi setiap dasar, peranan, program dan aktiviti serta majlis rasmi MKM melalui stesen TV dan radio; bahan promosi seperti gegantung (bunting), kain rentang (banner) dan billboard; artikel untuk sisipan akhbar; teks ucapan; dan program penyampaian maklumat perkhidmatan MKM 
  2. Menguruskan perhubungan awam dan media dengan merancang strategi media dalam penyebaran maklumat menerusi liputan media/sidang media, kenyataan akhbar, siaran media dan temu bual khas TV/radio/akhbar; dan program bersama media; 
  3. Menggalakkan penyertaan, meningkatkan penghayatan dan kefahaman pengguna mengenai dasar dan program MKM
  4. Merancang, mengurus dan mendokumentasikan bahan maklumat bagi setiap dasar, peranan, program dan aktiviti serta majlis rasmi MKM melalui penerbitan bahan cetakan seperti buletin, laporan tahunan, brosur, risalah, rakaman foto dan video bagi tujuan edaran dan rujukan pihak awam dan media;
  5. Mengatur sidang media untuk program-program rasmi MKM yang melibatkan YB Menteri dan YB Timbalan Menteri;
  6. Memantau, menyelaras dan menjawab teguran, kritikan dan aduan daripada pelbagai pihak yang diterima melalui media massa serta media sosial.

Hubungi: 03-7964 9000 (samb: 172/074/157) | E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.