Tadbir Urus

  • Memastikan Tadbir Urus MKM dilaksanakan secara efektif bagi memperkukuhkan modal insan;
  • Mencadangkan penambahbaikan, peningkatan serta pembaharuan dasar / arahan / sistem dan prosedur dalam MKM;
  • Memantau sistem penyampaian perkhidmatan (MS ISO 9001/2008)
  • Menjadi Urus Setia dan menyediakan laporan kepada Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus(JITU).

Pengukuhan Integriti

  • Memastikan pelaksanaan dan penginstitusian nilai-nilai integriti dalam MKM seperti melalui pendedahan dan maklumat awal bagi mengurangkan kes-kes salah laku;
  • Menyelaras dan memantau program integriti;
  • Melaksanakan program pemulihan integriti;
  • Menghasilkan artikel-artikel berkaitan integriti;
  • Menasihati pengurusan dalam aspek integriti.

Pengurusan Aduan

  • Menerima maklumat atau aduan tentang ketidakpatuhan atau tindakan menyeleweng oleh kakitangan MKM;
  • Melapor sebarang pelanggaran integriti.
  • Menerima, menyemak, mengagih dan melapor sebarang aduan terhadap keberkesanan penyampaian perkhidmatan MKM.

Pematuhan

  • Memastikan pematuhan ke atas peraturan dan standard yang telah ditetapkan disamping mengenalpasti kelemahan dalam dasar dan peraturan yang sedia ada;
  • Mengadakan pemeriksaan berjadual dan tidak berjadual terhadap amalan, sistem atau dasar-dasar, undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa;
  • Memastikan pematuhan kepada arahan/peraturan MKM.

Pengesanan dan Pengesahan

  • Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku dan pelanggaran integriti.  Manakala salah laku yang bersifat jenayah hendaklah dilaporkan kepada agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab.

Tatatertib

  • Menjadi Urus Setia dan mengemukakan hasil siasatan/dapatan kepada Lembaga Tatatertib untuk tindakan selanjutnya;
  • Menyelaras tindakan ke atas pelanggaran integriti;
  • Melaksanakan tindakan ke atas pelanggaran integriti

Lain-Lain

  • Pegawai Perhubungan Organisasi kepada Pusat Pembangunan Integriti Korporat(CIDC);
  • Menyediakan laporan berkaitan integriti kepada CIDC, KPDNKK dan JPA;
  • Pengawalan rekod kualiti MKM (MS ISO 9001/2008);
  • Menyemak Tuntutan Elaun Lebih Masa;
  • Menguruskan anugerah Pingat/Bintang/Darjah Kebesaran bagi kakitangan MKM.

Hubungi: 03-7964 9000 (samb: 161/160/168) | E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.