Pengenalan 

Penubuhan Pusat Penyelidikan dan Konsultasi (CRC) Maktab Koperasi Malaysia (MKM) bertujuan mempertingkatkan aktiviti penyelidikan dan konsultasi serta menjadikannya sebagai satu budaya yang berterusan dalam kalangan warga akademik MKM. Melalui kegiatan penyelidikan dan konsultasi ini, Pegawai Latihan MKM dapat meningkatkan pengetahuan dan mendalami ilmu dalam pelbagai bidang berkaitan pengurusan dan pentadbiran koperasi yang menjadi rujukan gerakan koperasi di Malaysia.

CRC juga memainkan peranan aktif bagi menghasilkan bahan-bahan penerbitan dalam pelbagai bentuk dan menyebarluaskan maklumat yang berkaitan untuk gerakan koperasi. CRC bertanggungjawab menguruskan bahan penerbitan MKM seperti Malaysia Journal Of Cooperative Studies (MJCS) , Dimensi Koop, Buku Kisah Kejayaan Koperasi dan Monograf Penyelidikan.

Senarai Program

Bermula tahun 2014 hingga sekarang, CRC menawarkan kursus jangka pendek yang berkaitan dengan penyelidikan, penerbitan dan konsultasi seperti:

  • Kursus Analisis Menggunakan SPSS
  • Bengkel Pembangunan Soal Selidik
  • Bengkel Penulisan Artikel dan
  • Laporan Tahunan.

Senarai Program Latihan

Hubungi Kami 

Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh hubungi maklumat seperti di bawah:

Pusat Penyelidikan dan Konsultasi
Maktab Koperasi Malaysia,
103, Jalan Templer,
46700 Petaling Jaya,
Selangor.

No. Tel : 03-7964 9175
No. Faks : 03-7954 3957
Emel :crc[at]mkm.edu.my

Carta Organisasi 

pusat penyelidikan konsultasi

Facebook Rasmi 

 Facebook Rasmi Pusat Penyelidikan & Konsultasi