Pengenalan

Pusat Pembangunan Komuniti (PPK) telah ditubuhkan pada tahun 1991 dan pada mulanya dikenali sebagai Pusat Sumber & Pendidikan Tinggi (PESDI) serta ditempatkan di Blok K, Maktab Koperasi Malaysia (MKM) Jalan Templer.

Pusat ini kemudiannya telah ditukar nama kepada Pusat Antarabangsa & Pendidikan Tinggi pada tahun 2010 dan ditempatkan di Bangunan IEM, Jalan Selangor sehinggalah sekarang. Pada tahun 2014, pusat ini ditukar nama ke Pusat Pendidikan Tinggi. Seterusnya pada tahun 2016 pusat ini ditukar nama ke Pusat Pembangunan Komuniti (PPK).

Fungsi 

Sebelum ini PPK berperanan untuk mengendalikan program jangka masa panjang yang melibatkan pelajar lepasan SPM dan Diploma. Mulai tahun 2016 hala tuju dan fokus PPK adalah kepada pembangunan komuniti, belia, wanita dan qariah masjid.

Program Latihan 

Pusat ini menawarkan kursus jangka pendek dan jangka panjang seperti Sijil Pengurusan Koperasi, Diploma Pengurusan Koperasi, Diploma Profesional Pengauditan Koperasi dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Dengan Kepujian (Bidang Tumpuan) Pengurusan Koperasi (MKM-UUM) yang merupakan usaha sama MKM dengan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Senarai Program

Hubungi Kami 

Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh hubungi maklumat seperti di bawah:

Pusat Pembangunan Komuniti
Maktab Koperasi Malaysia,
No. 21, Jalan Selangor,
Seksyen 6,
46050 Petaling Jaya,
Selangor.

No. Tel : 03-7952 4500
No. Faks : 03-7955 0863
Emel : ppk[at]mkm.edu.my

Carta Organisasi 

pusat pembangunan komuniti

Facebook Rasmi 

 Facebook Rasmi Pusat Pembangunan Komuniti