Pengenalan

Dunia kewangan hari ini menuntut persediaan mental dan fizikal yang mantap pemain-pemain dalam industri kewangan dan perbankan. Perubahan pasaran ekonomi domestik dan antarabangsa sangat mempengaruhi prestasi perniagaan, dasar dan polisi semasa serta corak permintaan pelanggan. Maka dengan itu, ilmu dan maklumat mengenai industri kewangan dan perbankan harus bergerak seiring dengan perubahan ini.

Fungsi

Sektor Perkhidmatan Kewangan dan Perbankan di Maktab Koperasi Malaysia memberi fokus kepada pendidikan dan latihan yang bersesuaian bagi memenuhi keperluan aktiviti kredit dalam koperasi. Latihan dan kemahiran yang ditawarkan merangkumi disiplin umum seperti aspek kewangan, pengurusan pinjaman, perakaunan dan audit patuh syariah, produk-produk kredit, pembangunan usahawan mikrokredit dan aktiviti Ar-Rahnu. Di samping itu, sektor ini juga mengendalikan program Sijil Profesional Juruaudit Dalaman Koperasi bagi memperkasa profesion juruaudit dalaman dan menjadi pemangkin kepada tadbir urus korporat yang baik dalam pentadbiran koperasi.

Pelbagai bentuk metodologi pengajaran digunakan seperti latihan berkumpulan, perkongsian pengalaman, jemputan tenaga pakar yang terlibat langsung secara praktis, simulasi kerja, kajian lapangan dan sebagainya. Pihak sektor turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan ANGKASA serta lain-lain agensi dan koperasi dalam merangka program yang berkualiti dan menepati kehendak pelanggan dari semasa ke semasa. Bagi memastikan program yang dijalankan ini dapat memberi impak yang berkesan, Kajian Impak dan Bengkel Susulan turut dilaksanakan bagi kursus-kursus yang tertentu.

Senarai Program Latihan

Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh menghubungi maklumat seperti di bawah:

Sektor Perkhidmatan Kewangan dan Perbankan
Maktab Koperasi Malaysia,
103, Jalan Templer,
46700 Petaling Jaya,
Selangor.

No. Tel : 03-7964 9065
No. Faks : 03-7957 9076
Emel : perbankan[@]mkm.edu.my

Carta Organisasi 

sektor perkhidmatan kewangan

Facebook Rasmi 

 Facebook Rasmi Sektor Perkhidmatan Kewangan