Pengenalan

Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan merupakan sektor baru yang telah diwujudkan di Maktab Koperasi Malaysia (MKM) bermula Januari 2016. Visi Sektor ini adalah untuk menjadi pusat pembelajaran pilihan koperasi dalam Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan. Selaras dengan itu, misi Sektor ini adalah menyediakan program latihan yang berkualiti dan efektif dalam sektor tersebut.

Fungsi

  1. Menyedia, menawar dan mengadakan kursus/program yang berkaitan dengan Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan
  2. Menjalankan penyelidikan dan memberi khidmat nasihat kepada koperasi yang terlibat dengan Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan
  3. Menyumbang artikel ilmiah untuk terbitan MKM.

Kursus Ditawarkan 

Sektor ini menawarkan kursus yang tertumpu kepada tiga bidang utama iaitu Pelancongan, Penjagaan diri dan Kesihatan.

Kursus yang ditawarkan seperti:

  1. Persediaan Koperasi Dalam Bisnes Pelancongan/ Bisnes Spa
  2. Persediaan Koperasi Dalam Bisnes Homestay
  3. Pengurusan Perniagaan Homestay (Lanjutan)
  4. Penyediaan Aturan Aktiviti Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan
  5. Penyediaan Pakej Pelancongan Dalam dan Luar Negara
  6. Persediaan Sebagai Mutawif Di Tanah Suci
  7. Perniagaan Perkhidmatan Solekan
  8. Tour Leader Profesional

dan lain-lain lagi.

Senarai Program Latihan

Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh hubungi maklumat seperti di bawah:

Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan
Maktab Koperasi Malaysia,
103, Jalan Templer,
46700 Petaling Jaya,
Selangor.

No. Tel : 03-7964 9068
No. Faks : 03-7954 3957
Emel : pelancongan[at]mkm.edu.my 

Carta Organisasi 

Carta Sektor Pelancongan 15082018

Facebook Rasmi 

 Facebook Rasmi Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan