Pengenalan 

Strategi teras ketiga yang digariskan dalam Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011-2020 iaitu Mewujud dan Meningkatkan Keupayaan Modal Insan Koperasi, dipertanggungjawabkan kepada Maktab Koperasi Malaysia (MKM), sebagai salah sebuah badan pelaksana. Salah satu bidang yang diberi tumpuan adalah Sektor Hartanah dan Industri Pembinaan yang dijangka dapat memberikan sumbangan signifikan terhadap nilai pemilikan aset dan perolehan koperasi menjelang 2020.

Sektor Hartanah dan Industri Pembinaan merupakan salah satu sektor yang diwujudkan oleh MKM bermula tahun 2016. Pembangunan program latihan dalam bidang pembangunan hartanah dan industri pembinaan adalah hasil perbincangan dan kajian terhadap keperluan latihan agar bersesuaian dengan kehendak gerakan koperasi dan selari dengan perubahan persekitaran semasa. Program yang akan dilaksanakan adalah seperti program jangka pendek, seminar, bicara profesional dan bengkel.

Fungsi 

Bagi memperkasakan lagi aktiviti hartanah dan industri pembinaan, sektor ini berfungsi untuk:

  1. Menyediakan program-program latihan yang berkaitan sektor hartanah dan industri pembinaan untuk memantapkan pengurusan koperasi dalam menjalankan aktiviti ini
  2. Menjalin kerjasama strategik bersama agensi-agensi dan koperasi yang berkaitan dengan sektor hartanah dan industri pembinaan
  3. Menyediakan bahan ilmiah yang berkaitan dengan sektor hartanah dan industri pembinaan melalui kajian kes di lapangan dan penyelidikan

Senarai Program Latihan

Hubungi Kami 

Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh hubungi maklumat seperti di bawah:

Sektor Hartanah dan Industri Pembinaan
Maktab Koperasi Malaysia,
103, Jalan Templer,
46700 Petaling Jaya,
Selangor.

No. Tel : 03-7964 9064
No. Faks : 03-7954 3957
Emel :hartanah[at]mkm.edu.my

Carta Organisasi 

sektor hartanah industri pembinaan

Facebook Rasmi 

 Facebook Rasmi Sektor Hartanah & Industri Pembinaan