perpustakaan

Unit Perkhidmatan Perpustakaan MKM menyediakan pelbagai maklumat terutamanya koperasi dan pengurusan perniagaan yang terkini dan sesuai dengan keperluan pengguna.

Koleksi Koperasi

Pelbagai bahan seperti buku, jurnal, majalah, laporan tahunan, abstrak, indeks, akta, keratan akhbar, kertas kerja seminar dan bengkel, video dan cakera padat. Bahan-bahan ini adalah untuk bacaan, pinjaman dan penyelidikan. Koleksi ini terdiri dari bahan-bahan terbitan dalam dan luar negara.

Penggunaan Katalog Umum Atas Talian (OPAC)

Para pengguna boleh menggunakan Katalog Umum Atas Talian (OPAC) untuk melakukan pencarian bahan-bahan di perpustakaan dengan lebih efektif. Komputer khas disediakan untuk melakukan pencarian tersebut.

Bilik Siber

Bilik khas penggunaan internet untuk memberikan kemudahan kepada pengguna mengakses maklumat dengan lebih efektif selaras dengan piagam pelanggan kami untuk menyediakan kemudahan teknologi maklumat.

Sebarang pertanyaan sila hubungi kaunter perkhidmatan pelanggan perpustakaan di talian 03-79649080

Waktu Perkhidmatan Perpustakaan 

Waktu Perpustakaan Dibuka:-

Isnin-KhamisSabtu dan Ahad
8.00 pagi - 5.45 petang Tutup

Keahlian

Keahlian perpustakaan dibuka kepada pensyarah, kakitangan MKM, peserta kursus jangka pendek MKM serta penyelidik dari luar.

Jika memerlukan maklumat tertentu atau penyelidikan MKM boleh membuat permohonan secara bertulis atau e-mel melalui pertubuhan masing-masing dan permohonan ini perlu mendapat kelulusan daripada Pustakawan.

Hanya individu yang telah berdaftar dengan perpustakaan sahaja boleh meminjam bahan koleksi perpustakaan. Mereka perlu membuat pendaftaran keahlian di kaunter sirkulasi perpustakaan MKM.

Pinjaman bahan perpustakaan adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

  • Pensyarah - 40 bahan 4 bulan 
  • Kakitangan - 20 bahan 1 bulan
  • Peserta kursus jangka pendek - 6 bahan mengikut hari berkursus

Sila layari Portal Perpustakaan Maktab Koperasi Malaysia