FAQs - Khidmat Nasihat & Penyelidikan

Yuran pendaftaran khidmat nasihat dan konsultasi MKM adalah sebanyak RM50 bagi setiap permohonan. Caj tambahan akan dikenakan mengikut keadaan dan jenis permasalahan koperasi.Bagi koperasi yang berminat boleh mengisi permohonan ke MKM.

Bidang meliputi pentadbiran, pengurusan kewangan, teknologi maklumat & komunikasi, perancangan strategik dan perniagaan koperasi.

Khidmat nasihat dan konsultasi yang dijalankan oleh MKM adalah mengikut keperluan dan permintaan. Pegawai Perunding MKM boleh mengendalikan khidmat nasihat tersebut di MKM dan juga di premis koperasi tersebut.

Penerbitan penyelidikan MKM tidak diedarkan kepada koperasi,  tetapi hasil penyelidikan MKM akan dikongsi dan dibentangkan dalam seminar penyelidikan yang diadakan setiap tahun. Hasil penyelidikan juga akan diterbitkan dalam bentuk jurnal dan monograf.

Pihak koperasi boleh mendapatkan bahan-bahan penerbitan penyelidikan di perpustakaan MKM. Selain itu, bahan seperti Jurnal dan Monograf boleh dibeli secara tunai di Pusat Penyelidikan dan Konsultasi (CRC) atau Coopmart MKM.

Untuk mendapatkan maklumat berkenaan penyelidikan MKM boleh menghubungi:

Pegawai Pusat Penyelidikan dan Konsultasi (CRC)
Maktab Koperasi Malaysia,
103 Jalan Templer,
46700 Petaling Jaya, Selangor.

Tel: 03-79649000
E-mel: crc@mkm.edu.my 
Facebook: Pusat Penyelidikan dan Konsultasi MKM
Blog:http://crcmkm.blogspot.my/p/penyelidikan.html