Please select your question category

Syarat umur untuk mengikuti kursus MTCP anjuran MKM adalah diantara 26-45 tahun.

Syarat minimum adalah seperti berikut :

  • Bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik
  • Mempunyai pengalaman kerja dalam sektor koperasi
  • Tidak pernah menghadiri mana-mana kursus MTCP di Malaysia sebelum ini.

Bidang kursus yang ditawarkan adalah:

  •  Certificate in Co-operative Auditing
  •  Certificate in Co-operative Human Resource Management
  •  Certificate in Co-operative Dekstop Publishing
  •  Certificate in Co-operative Povery Reduction
  •  Certificate in Co-operative Financial Management

Peserta boleh menghadiri kursus di zon selatan, bagaimanapun pihak MKM tidak akan membayar elaun perjalanan peserta tersebut.

Bergantung kepada situasi, keadaan dan perubahan dari semasa ke semasa. Buat masa ini MKM tidak menyediakan kemudahan penginapan kepada peserta.

Boleh dengan menulis surat permohonan kepada Pengarah MKM. MKM akan membiayai tenaga pengajar manakala perbelanjaan lain ditanggung oleh koperasi.

Setakat ini tidak ada bayaran dikenakan untuk mengikuti kursus luar kampus bagi kategori kursus wajib. Bagi kursus lain contohnya kursus dalam Bidang Keberhasilan; kadar bayaran adalah bergantung kepada kursus yang dimohon.

Koperasi boleh bergabung untuk menjalankan satu kursus luar (Program Anjuran Bersama MKM Koperasi atau Agensi).

Jumlah minimum peserta yang perlu hadir adalah seramai 30 orang.

Semua permohonan kursus hendaklah melalui borang yang perlu disahkan oleh Koperasi masing-masing. Jika kakitangan kerajaan hendaklah mendapat kebenaran daripada ketua jabatan tersebut.  Peserta yang pernah hadir ke MKM boleh mengisi borang permohonan dalam talian (online) di Portal Rasmi MKM. Borang permohonan hendaklah dikemukakan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh kursus. 

Kursus yang diperuntukan oleh MKM adalah hanya untuk anggota sahaja. Jika anak anggota merupakan ahli koperasi maka beliau layak untuk memohon kursus di MKM. Jika bukan ahli maka akan dikenakan bayaran.

Kakitangan awam layak memohon pelepasan cuti tanpa rekod menghadiri kursus di MKM selaras dengan Perintah Am Bab C.

Boleh dengan syarat mengemukakan surat daripada Koperasi kepada MKM dan menyatakan pegawai yang akan menggantikan pegawai yang tidak hadir.

MKM ada memberi kursus kepada guru-guru dan koperasi boleh menulis surat terlebih dahulu untuk memanggil MKM memberikan ceramah.

Tidak Boleh. Selaras dengan Manual Kualiti ISO 9001: 2015 semua permohonan kursus hendaklah dikemukakan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum kursus bermula. Peserta diminta untuk membawa surat tawaran kursus semasa hari pendaftaran. 

No faqs found in this category

Kadar yuran pengajian adalah sama walaupun pelajar bukan anak anggota koperasi

Yuran Pengajian akan dicaj secara semester melalui pinjaman (PTPTN), biasiswa atau potongan KWSP. Namun untuk membayar secara ansuran, pelajar diminta berhubung dengan pihak bendahari 

Tiada syarat khusus yang dikenakan oleh MKM. Kemasukan untuk program ini adalah lulus SPM dan mempunyai 3 kredit dari mana-mana subjek. 

Boleh. Pelajar boleh menyambung ke peringkat Sarjana Muda dan membuat pemindahan kredit bergantung kepada kelulusanUniversiti Awam atau IPTS yang dipohon 

Bergantung kepada agensi yang meletakkan syarat bahawa graduan program ini layak dinaikkan pangkat jika lulus.

Prospek atau peluang kerjaya bagi graduan program ini luas. Graduan boleh bekerja di sektor awam, swasta dan koperasi atau bekerja sendiri. Ini adalah kerana mereka juga didedahkan kepada kursus keusahawanan.

No faqs found in this category

Yuran pendaftaran khidmat nasihat dan konsultasi MKM adalah sebanyak RM50 bagi setiap permohonan. Caj tambahan akan dikenakan mengikut keadaan dan jenis permasalahan koperasi.Bagi koperasi yang berminat boleh mengisi permohonan ke MKM.

Bidang meliputi pentadbiran, pengurusan kewangan, teknologi maklumat & komunikasi, perancangan strategik dan perniagaan koperasi.

Khidmat nasihat dan konsultasi yang dijalankan oleh MKM adalah mengikut keperluan dan permintaan. Pegawai Perunding MKM boleh mengendalikan khidmat nasihat tersebut di MKM dan juga di premis koperasi tersebut.

Penerbitan penyelidikan MKM tidak diedarkan kepada koperasi,  tetapi hasil penyelidikan MKM akan dikongsi dan dibentangkan dalam seminar penyelidikan yang diadakan setiap tahun. Hasil penyelidikan juga akan diterbitkan dalam bentuk jurnal dan monograf.

Pihak koperasi boleh mendapatkan bahan-bahan penerbitan penyelidikan di perpustakaan MKM. Selain itu, bahan seperti Jurnal dan Monograf boleh dibeli secara tunai di Pusat Penyelidikan dan Konsultasi (CRC) atau Coopmart MKM.

Untuk mendapatkan maklumat berkenaan penyelidikan MKM boleh menghubungi:

Pegawai Pusat Penyelidikan dan Konsultasi (CRC)
Maktab Koperasi Malaysia,
103 Jalan Templer,
46700 Petaling Jaya, Selangor.

Tel: 03-79649000
E-mel: crc@mkm.edu.my 
Facebook: Pusat Penyelidikan dan Konsultasi MKM
Blog:http://crcmkm.blogspot.my/p/penyelidikan.html

Kadar yuran pendaftaran / pengajian adalah seperti berikut :

 Kursus Wajib  Tiada bayaran dikenakan
 Kursus Wajib Dalam Talian (VLMS)  RM50 (sekali daftar)
 Kursus Pengurusan dan Teknikal  RM30
 Kursus Bidang Keberhasilan  RM50 – RM400 
 Bicara Ilmu  Tiada bayaran dikenakan
 Bicara Profesional, Seminar & Konvensyen   RM50 – RM200 

Jika peserta menghadiri kursus Pengurusan dan Teknikal - bidang Teknologi Maklumat (IT) caj/ yuran tambahan sebanyak RM20 akan dikenakan kepada peserta.

Tidak. Yuran Pendaftaran / pengajian adalah sebagai komitmen peserta untuk hadir kursus di MKM

  • Jika peserta tidak terpilih oleh MKM, maka yuran pendaftaran akan dipulangkan.
  • Jika peserta dipilih tetapi tidak hadir maka yuran pendaftaran tidak akan dipulangkan semula kecuali peserta tersebut memaklumkan kepada pihak MKM terlebih dahulu.

Ya, pihak MKM menerima pembayaran yuran bagi lebih dari satu kursus melalui satu cek.

Peserta boleh menukar kursus walaupun pembayaran dibuat untuk kursus yang lain.

Kemudahan asrama MKM boleh disewakan kepada penyewa luar bergantung kepada kekosongan dengan kadar bayaran yang telah ditetapkan. Pemohon boleh mengemukakan surat kepada Pengurus Unit Perkhidmatan Domestik mengenai kadar dan tarikh penyewaan tersebut.