1. Daftar Kursus & Tempah Fasiliti
    Projek MITS membolehkan penggunaan fasiliti sedia ada di Maktab Koperasi Malaysia dikongsi secara menyeluruh dan penggunaannya dapat dioptimakan oleh pelbagai pihak.

    Dalam masa yang sama, projek ini juga menawarkan kemudahan carian dan permohonan kursus yang ditawarkan oleh Maktab Koperasi Malaysia di seluruh Malaysia. Tidak lagi terhad kepada penjawat awam, MITS kini dibuka kepada orang ramai untuk menikmati fasiliti yang ditawarkan oleh Maktab Koperasi Malaysia.

  2. e-Perpustakaan

    Membolehkan pengguna perpustakaan mencari dan mengakses koleksi katalog ILMU dari mana-mana komputer peribadi (PC) yang bersambung web bila sahaja mereka menggunakan pelayar web.Pengguna boleh juga membuat tempahan barangan yang telah dipinjam oleh orang lain, melihat keratan multimedia dan melihat dokumen yang dicetak dan emel serta pautan imej pada sebarang rekod bibliografi, dengan memanfaatkan teknologi pelayar yang terkini untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan. Web OPAC dipautkan kepada Amazon.com untuk memuat naik kulit buku dan ulasan pengarang bagi rekod bibliografi yang dimuat turun.

    Manual Pembaharuan Peminjaman

  3. Sistem VLMS
    Sistem e-Pembelajaran VLMS merupakan pembelajaran secara atas talian berkonsepkan Video Learning Management System (VLMS) bagi kursus Wajib, dimana pembelajaran berfokuskan penggunaan video atau rakaman pengajaran yang disampaikan oleh penceramah mengikut modul. Pada akhir setiap video disediakan kuiz yang perlu dijawab untuk membantu pemahaman setiap modul. Konsep VLMS ini  adalah menjimatkan masa dan kos, mudah digunakan dan mesra pengguna (user friendly) dan boleh diakses dimana-mana dan bila-bila masa sahaja melalui internet.

    Manual Pengunaan VLMS