Pengurusan Strategik

Kursus Wajib 3 - Pengurusan Strategik merupakan pengetahuan asas berkaitan saranan dan keperluan koperasi menyediakan pelan strategik koperasi dengan objektif kursus seperti berikut :

  • Memberi kefahaman berkaitan konsep dan kepentingan pengurusan secara strategik dalam pengurusan dan pentadbiran koperasi.
  • Memberi pendedahan berkaitan teknik-teknik analisis, pemilihan dan kawalan pengurusan strategik.

Isi kandungan Wajib 3

  • Peranan Koperasi dalam Dasar Koperasi Negara (DKN) & Pengenalan Pengurusan Strategik
  • Pembentukan Visi, Misi dan Objektif
  • Analisis Persekitaran Organisasi
  • Menjana dan Memilih Strategi
  • Analisis Prestasi
  • Penilaian dan Kawalan

Muat Turun Senarai Penuh Kursus