Font Plus Font Minus Font Reset
Red Blue Green
Bahasa Melayu | English Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
   

 

In House

Bullet Pengenalan Bullet Yuran Kursus

 

Pengenalan

Salah satu penyelesaian kepada sebarang masalah yang dihadapi oleh koperasi ialah latihan. Oleh itu MKM bersedia ke koperasi anda untuk mengadakan kursus. Rebutlah peluang ini untuk kejayaan koperasi anda.

Mengapa Koperasi anda memerlukan latihan dalaman ?

Anggota Lembaga, Juruaudit Dalaman, Pengurusan dan Tenaga Kerja Koperasi sering mengadapi masalah semasa bertugas di koperasi. Salah satu penyelesaian kepadda masalah ialah dengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui latihan. Memandangkan faktor masa dan bebanan tugas, mereka mungkin tidak kdapat menghadiri kursus dan latihan di MKM. Oleh itu MKM bersedia datang ke koperasi untuk memberikan latihan yang diperlukan.

Jenis Perkhidmatan Latihan

MKM menyediakan pelbagai jenis kursus melalui program "IN-HOUSE TRAINING" dan ianya bergantung kepada keperluan sesebuah koperasi. Walau bagaimanapun MKM bersedia untuk memberikan latihan di dalam bidang berikut :-

  • Perundangan Koperasi
  • Pentadbiran Koperasi
  • Pengurusan Kewangan
  • Perakaunan
  • Komputer

 

MKM hanya dapat menawarkan perkhidmatan ini kepada koperasi-koperasi yang memohon secara rasmi melalui surat atau dengan mengisi borang yang disediakan. Persetujuan Lembaga Koperasi berkenaan diperlukan sebelum perkhidmatan ini diberikan.

Tempat dan Waktu Latihan

Koperasi boleh menggunakan bilik mesyuarat masing-masing atau bilik yang sesuai untuk mengadakan kursus. Waktu latihan boleh dijalankan samada sebelah petang (waktu pejabat) atau setiap hujung minggu.

Jenis dan Jumlah Peserta

Anggota Lembaga, Jawatan Kuasa Kecil, Juruaudit Dalaman dan tenaga kerja kkoperasi berkenaan boleh menghadiri kursus yang dianjurkan.

Minimum jumlah peserta ialah 15 orang.

 

 
     
 myGovSKMeKLHRMISICAMQAIIMMSCMAMPUmyID

rss feed