Font Plus Font Minus Font Reset
Red Blue Green
Bahasa Melayu | English Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
   

 

INFOTEC

Bullet Pengenalan Bullet Senarai Kursus Bullet Kakitangan

 

Pengenalan

Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (INFOTEC) mempunyai visi untuk menyediakan latihan berasaskan keperluan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terkini kepada masyarakat, khususnya kepada warga koperasi. Selaras dengan itu, INFOTEC mempunyai misi yang komited untuk menawarkan kursus ICT terkini dan membudayakan ICT dalam kerja untuk dimanfaatkan oleh masyarakat.

Pusat INFOTEC menawarkan latihan yang berkaitan pengetahuan asas ICT,penggunaan aplikasi-aplikasi pengurusan pejabat seperti pemprosesan teks, lembaran elektronik, persembahan dan pengkalan data dengan penyediaan bentuk latihan yang dipermudahkan. Selain dari itu, kursus-kursus penyelenggaraan komputer, rangkaian dan kursus-kursus berkaitan multimedia juga ditawarkan seperti merekabentuk laman web beranimasi, Adope Photoshop dan animasi multimedia. Dengan penawaran kursus-kursus ini, pusat INFOTEC berharap latihan teknikal secara formal ini akan dapat membolehkan para peserta mendapat kemahiran dalam bidang ICT dan seterusnya dapat melahirkan warga kerja yang berpengetahuan, berdaya saing, peka terhadap perkembangan dan trampil dalam bidang ICT bagi menyumbang kepada kemajuan pembangunan negara.

Pusat INFOTEC berazam akan terus menggembleng usaha untuk mempercepatkan pembangunan negara melalui latihan di bidang ICT khususnya kepada para koperator memandangkan sektor koperasi telah dikenalpasti sebagai sektor ketiga yang menyumbang kepada ekonomi negara.

Artikel ICT

 

(Perisian Adobe Acrobat Reader adalah percuma dan boleh muat turun di www.adobe.com)

 
     
 myGovSKMeKLHRMISICAMQAIIMMSCMAMPUmyID

rss feed