Kami berjanji untuk merancang dan melaksanakan program latihan yang berkualiti dan menepati keperluan pelanggan dengan:

  1. Mengedarkan Buku Program dan Kalendar Kursus Latihan kepada pelanggan sebelum 31 Disember pada setiap tahun
  2. Mengeluarkan surat tawaran kursus dalam tempoh dua (2) minggu sebelum tarikh kursus.
  3. Melaksanakan sekurang kurangnya 90% daripada kursus yang dirancang setiap tahun;
  4. Memastikan program Diploma Pengurusan Koperasi sentiasa memenuhi standard MQA.;
  5. Menghasilkan sekurang-kurangnya sepuluh (10) keluaran penerbitan setahun ;
  6. Melaksanakan sekurang-kurangnya lima puluh (50) khidmat konsultasi koperasi setahun;
  7. Memastikan prasarana latihan dan peralatan latihan berkeadaan baik untuk digunakan sehari sebelum kursus bermula;
  8. Memastikan perkhidmatan perpustakaan dan fasiliti mendapat skor purata penilaian tidak kurang 4 dalam skala 1 hingga 5;
  9. Memberikan maklum balas terhadap setiap aduan dan pertanyaan dalam tempoh tidak lewat daripada satu (1) hari bekerja; dan
  10. Memastikan penilaian kursus keseluruhan mendapat skor purata penilaian tidak kurang dari pada 4 dalam skala 1 hingga 5.