DIMENSI KOOP

Majalah berbentuk separa ilmiah ini diterbitkan dua kali setahun untuk memberi ruang kepada warga MKM, warga koperasi, agensi dan individu yang berminat untuk mengetengahkan pelbagai isu berkaitan dengan gerakan koperasi.

Garis panduan penulisan Dimensi Koop:

  1. Artikel yang dihasilkan adalah hak milik sendiri penulis.
  2. Topik artikel adalah yang terbaru, terkini dan sealiran dengan keadaan semasa.
  3. Artikel yang dihasilkan hendaklah dihadkan kepada 15 muka surat sahaja. Kadar minimun adalah sebanyak 8 muka surat. Font yang digunakan Times New Roman dan bersaiz 12 serta jarak baris (line spacing) adalah selang satu (single).
  4. Penulis perlu menyertakan semua rujukan dalam penulisan artikel tersebut dengan menggunakan format APA (American Psychological Association)
  5. Lampirkan gambar sekiranya perlu.
  6. Sertakan maklumat diri seperti nama, alamat, no.telefon, no.akaun bank dan alamat e-mel.

MALAYSIAN JOURNAL OF CO-OPERATIVE STUDIES

Jurnal ini diterbitkan sekali dalam setahun dan objektifnya adalah untuk membolehkan perkongsian ilmu berkaitan dengan gerakan koperasi berdasarkan penyelidikan dan pendapat serta ulasan asli mengenai isu-isu yang melibatkan gerakan koperasi di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa. Ia terbuka kepada semua institusi pengajian tinggi dan individu yang berminat.

Garis Panduan Penulisan MJCS

  1. Bahasa Penulisan: Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.
  2. Format Artikel: Panjang artikel adalah tidak melebihi 25 muka surat, ditaip dengan menggunakan format MS Words, selang 2 langkau dan menggunakan fon Times New Roman serta bersaiz huruf 12.
  3. Abstrak Artikel: Ringkasan artikel yang tidak melebihi 200 patah perkataan hendaklah disertakan dalam satu muka surat yang berasingan. Penulis yang menulis artikel di dalam Bahasa Melayu dikehendaki juga menyediakan abstrak di dalam Bahasa Inggeris.
  4. Pemaparan Artikel: Penulis digalakkan untuk membahagikan penulisan kepada tajuk-tajuk kecil yang bersesuaian. Semua rujukan yang digunakan hendaklah disenaraikan pada muka surat akhir artikel dan perlu mengikut format yang digunakan dalam Publication Manual of the American Psychological Association (APA).
  5. Rajah/Jadual: Setiap rajah dan jadual di dalam artikel perlu dilabelkan dengan jelas.
  6. Latar Belakang Penulis: Penerangan ringkas mengenai latar belakang penulis seperti nama penuh penulis/penulis-penulis, alamat semasa penulis/penulis-penulis, jawatan penulis/penulis-penulis, taraf pendidikan dan pengalaman penulis/penulis-penulis perlu disediakan.

Sumbangan artikel dan jurnal (hard copy dan soft copy ) hendaklah dihantar ke alamat di bawah:

Pusat Penyelidikan dan Konsultasi
Maktab Koperasi Malaysia
No.21, Jalan Selangor
Seksyen 6, 46050 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.