• Auditorium Dato Abdul Majid

    audi1

    Bagi menampung majlis-majlis yang agak besar, MKM menyediakan Auditorium berhawa dingin yang boleh menampung kira-kira 250 orang dalam satu-satu masa iaitu Auditorium Dato Abdul Majid di MKM Jalam Templer. Bukan itu sahaja, MKM juga ada sebuah lagi Auditorium dibangunan IEM, Jalan Selangor yang boleh memuatkan lebih kurang 150 orang yang dinamakan Auditorium Flamingo.

    Muat turun:

    Carta Aliran Proses Penyewaan Kemudahan MKM (PDF, 51 KB)
    Borang Permohonan Sewa Kemudahan (PDF, 42 KB)
    (Perisian Adobe Acrobat Reader adalah percuma dan boleh muat turun di www.adobe.com)

    Maklumat lanjut berkaitan sewaan sila berhubung dengan Pn. Wan Nur' Ain Abd. Rahim 03-7964 9102 atau Pn. Siti Hallijah Arisdi talian 03-7964 9104.

  • kuliah

    Buat masa ini terdapat 4 buah bilik kuliah bagi kegunaan peserta kursus jangka pendek. Antaranya ialah Bilik Bunga Raya (90 orang) Seroja, Melor dan Melati yang boleh memuatkan 35 orang. MKM juga mempunyai 3 makmal komputer iaitu Siber Atom, Siber Xeon dan Siber Nano. Kesemua bilik-bilik kuliah ini sesuai untuk kegunaan seminar, bengkel kursus dan juga mesyuarat yang mana boleh disusun mengikut keperluan.

    Bagi kegunaan pelajar Diploma dan Ijazah pula, MKM menyediakan bilik-bilik kuliah mereka di Bangunan IEM Jalan Selangor sebanyak 8 buah.

    Maklumat lanjut berkaitan sewaan sila berhubung dengan En.Datu Zahiruddin Datu Tambuyong 03-7964 9098 atau Cik Siti Hallijah Arisdi talian 03-7964 9104.

  • library

    Unit Perkhidmatan Perpustakaan MKM menyediakan pelbagai maklumat terutamanya koperasi dan pengurusan perniagaan yang terkini dan sesuai dengan keperluan pengguna.

    Koleksi Koperasi

    Berbagai bahan seperti buku, jurnal, majalah, laporan tahunan, abstrak, indeks, akta, keratan akhbar, kertas kerja seminar dan bengkel, video dan filem 16 mm. Bahan-bahan ini adalah untuk bacaan, pinjaman dan penyelidikan. Koleksi ini terdiri dari bahan-bahan terbitan dalam dan luar negara.

    Koleksi Pengurusan Perniagaan

    Berbagai terbitan tempatan dan luar negara seperti buku, jurnal, majalah, keratan akhbar, indeks, abstrak, laporan tahunan, kertas-kertas kerja seminar, bengkel serta akhbar terkini disediakan untuk bacaan, rujukan dan pinjaman. Bahan-bahan dalam bentuk video, filem 16 mm dan CD-Rom serta disket juga disediakan.

    Penggunaan Katalog Umum Atas Talian (OPAC)

    Para pengguna boleh menggunakan Katalog Umum Atas Talian (OPAC) untuk melakukan pencarian bahan-bahan di perpustakaan dengan lebih efektif. Komputer khas disediakan untuk melakukan pencarian tersebut.

    Bilik Siber

    Bilik khas penggunaan internet untuk memberikan kemudahan kepada pengguna mengakses maklumat dengan lebih efektif selaras dengan piagam pelanggan kami untuk menyediakan kemudahan teknologi maklumat.

    Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan:-

    Encik Khairul Akmal Saim (Penolong Pengarah/Pegawai Perpustakaan) atau Puan Norfazilah Abdul Ghani (Penolong Pegawai Perpustakaan) di talian:- 03-79649000 samb 078/079

    Waktu Perpustakaan Dibuka:-

    Isnin - Khamis Jumaat   Tutup pada hari Sabtu dan Ahad
    7.30 am - 6.00 pm 7.30 am - 12.15 pm
    2.45 pm - 6.00 pm

    Keahlian

    Perpustakaan boleh digunakan oleh para pensyarah, kakitangan, pelajar diploma dan peserta kursus pendek MKM. Mereka yang melibatkan diri dalam sebarang usaha untuk mendapatkan maklumat tertentu atau penyelidikan boleh menggunakannya dengan membuat permohonan secara bertulis melalui pertubuhan masing-masing dan permohonan ini perlu mendapat kelulusan daripada Pustakawan (Pegawai Perpustakaan).Hanya individu yang telah berdaftar dengan pepustakaan sahaja boleh meminjam buku.Mereka perlu mengisi kad keahlian di perpustakaan.Pinjaman bahan perpustakaan adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

    Kategori Jumlah Pinjaman Tempoh Pinjaman:-

    •  Pensyarah 20 buah 2 bulan 
    •  Kakitangan 10 buah 2 minggu
    •  Pelajar diploma 10 buah 2 minggu
    •  Peserta kursus jangka pendek 6 buah mengikut hari berkursus


    Berita UPP

    Selaras dengan visi MKM untuk menjadi institusi latihan dan pendidikan koperasi yang terunggul, pihak UPP memohon jasa baik semua pihak terutamanya koperator-koperator dan kakitangan MKM untuk sama-sama menyumbang buku-buku yang boleh dimanfaatkan bersama-sama di perpustakaan MKM.

    Justeru, semua pihak boleh menyumbang secara peribadi atau secara organisasi dengan menghubungi:-

    Encik Khairul Akmal Saim (Penolong Pengarah/Pegawai Perpustakaan) atau Puan Norfazilah Abdul Ghani (Penolong Pegawai Perpustakaan) di talian:- 03-79649000 samb 078/079

  • Pasar Mini MKM terletak di Bangunan Blok K, Maktab Koperasi Malaysia. Pasar Mini ini adalah di bawah seliaan Koperasi Kakitangan Maktab Koperasi Malaysia. Pasar Mini ini menyediakan pelbagai menu makanan untuk sarapan, tengahari dan minum petang serta pelbagai barang keperluan untuk kakitangan, peserta kursus dan pelajar diploma. Selain dari itu, terdapat pelbagai jenis roti dan pastri juga ada disediakan.

    coop

    Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi Pengurus Koperasi di talian 03-7964 9119.

  • asrama

    MKM juga ada menyediakan kemudahan penginapan/asrama kepada pelajar dan peserta kursus. Buat masa ini MKM mempunyai 117 buah bilik dan 5 dorm di MKM Jalan Templer yang boleh menampung lebih kurang 350 orang manakala pelajar lelaki program Diploma dan Ijazah ditempatkan di Asrama Bangunan UDA, Jalan Selangor yang boleh menempatkan 140 orang dalam satu-satu masa.

    Muat turun:

    Carta Aliran Proses Penyewaan Kemudahan MKM (PDF, 51 KB)
    Borang Permohonan Sewa Kemudahan (PDF, 43 KB)
    (Perisian Adobe Acrobat Reader adalah percuma dan boleh muat turun di www.adobe.com )

    Maklumat lanjut berkaitan sewaan sila berhubung dengan En.Datu Zahiruddin Datu Tambuyong 03-7964 9098 atau Cik Siti Hallijah Arisdi talian 03-7964 9104.

  • surau

    Maktab Koperasi Malaysia juga menyediakan surau kepada peserta kursus untuk memudahkan mereka menunaikan solat berjemaah. Surau yang disediakan ini dapat menampung 100 jemaah muslimin dan muslimah dalam satu-satu masa.

  • dewan-makan

    MKM juga ada menyediakan dua buah dewan makan berhawa dingin untuk keselesaan peserta kursus iaitu Dewan Sri Siantan dan Dewan Sri Tanjung. Diantara kedua-dua dewan ini terdapat tempat makan terbuka yang boleh menampung 180 orang dalam satu-satu masa. Dewan ini disewakan kepada ahli-ahli koperasi yang berminat untuk majlis-majlis keraian, majlis perkahwinan dan sebagainya.

    Maklumat lanjut berkaitan sewaan sila berhubung dengan En.Datu Zahiruddin Datu Tambuyong 03-7964 9098 atau Cik Siti Hallijah Arisdi talian 03-7964 9104.

  • dewan-serbaguna

    Dewan ini boleh digunakan untuk majlis-majlis keraian dan juga untuk bersukan. Berhawa dingin dan boleh menapung 200 orang dalam satu-satu majlis.

    Muat turun:

    Carta Aliran Proses Penyewaan Kemudahan MKM (PDF, 51 KB)
    Borang Permohonan Sewa Kemudahan (PDF, 43 KB)
    (Perisian Adobe Acrobat Reader adalah percuma dan boleh muat turun di www.adobe.com )

    Maklumat lanjut berkaitan sewaan sila berhubung dengan En.Datu Zahiruddin Datu Tambuyong 03-7964 9098 atau Cik Siti Hallijah Arisdi talian 03-7964 9104.

  • SWASTA

    FASILITI AUDITORIUM ABDUL MAJID DEWAN ABDUL AZIZ ISHAK DEWAN MAKAN SRI SIANTAN/SRI TANJUNG BILIK KULIAH BILIK KULIAH BILIK PENGINAPAN
    JENIS A
    BILIK PENGINAPAN
    JENIS B
    BILIK KOMPUTER
    KAPASITI 220 250 300 80 30 BERDUA BERTIGA 50
    SEWA
    RM
    5JAM
    1200 1200 1200 400 300 90 SEMALAM 60SEMALAM 450 (9 JAM)
    + LCD PROJEKTOR
    1 JAM TAMBAHAN 150 150 150 50 50 - - 20 SETIAP KOMPUTER YANG DIGUNAKAN
    WANG CAGARAN 200 200 200 200 200 - - 200

    KOPERASI/AGENSI KERAJAAN

    FASILITI AUDITORIUM ABDUL MAJID DEWAN ABDUL AZIZ ISHAK DEWAN MAKAN SRI SIANTAN/SRI TANJUNG BILIK KULIAH BILIK KULIAH BILIK PENGINAPAN
    JENIS A
    BILIK PENGINAPAN
    JENIS B
    BILIK KOMPUTER
    KAPASITI 220 250 300 80 30 BERDUA BERTIGA 50
    SEWA
    RM
    5JAM
    1000 1000 1000 300 200 80 SEMALAM 50SEMALAM 350 (9 JAM)
    + LCD PROJEKTOR
    1 JAM TAMBAHAN 150 150 150 50 50 - - 15 SETIAP KOMPUTER YANG DIGUNAKAN
    WANG CAGARAN 200 200 200 200 200 - - 200

    BAYARAN KEPADA : KUMPULAN WANG MAKTAB KOPERASI MALAYSIA
    CIMB NO AKAUN 8002271722